Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daerah Digital Punggol bakal wujud 2,000 pekerjaan teknologi

Boston Dynamics, antara syarikat global pertama yang mengesahkan lokasi di Daerah Digital Punggol
Jul 29, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT Boston Dynamics, yang terkenal dengan anjing robot Spot, merupakan antara syarikat global pertama yang telah mengesahkan lokasinya di Daerah Digital Punggol (PDD) yang akan datang.



PDD bertujuan menjadi hab global Singapura untuk perniagaan bijak dan dijangka mewujudkan lebih 2,000 pekerjaan berkaitan teknologi.



Pekerjaan itu termasuk pemburu penipuan (fraud hunter), penganalisis data dan jurutera huraian, serta pembangun kecerdasan buatan dan blockchain, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong semalam.



Syarikat lain yang telah mengesahkan tempat mereka dalam PDD termasuk Delta Electronics Int'l (Singapore), Group-IB dari Singapura, serta Wanxiang, sebuah konglomerat dari China.



"Setiap syarikat membawa kepakaran yang berbeza, termasuk robotik dan kejuruteraan, elektronik dan automasi, keselamatan siber dan teknologi blockchain," kata Encik Gan, sambil menambah bahawa syarikat-syarikat ini mempunyai rancangan untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.



Ekosistem itu akan diperkukuh oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura, Agensi Teknologi Pemerintah dan rangkaian persatuan teknologi, lapor The Business Times.



Boston Dynamics, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, akan bekerjasama dengan syarikat permulaan tempatan dConstruct Technologies dan Institut Teknologi Singapura (SIT) bagi pembelajaran dan penyelidikan gunaan sistem robotik.



Pelajar SIT akan dapat menggunakan robot Spot dan alat perisian dConstruct untuk membangun huraian robotik bagi pengalaman kampus yang lebih baik.



Sementara itu, Delta Electronics - yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Delta yang beribu pejabat di Taiwan - pula merancang untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di Kallang menjelang 2022, selain pejabat satelit di PDD.



Syarikat Group-IB yang berpangkalan di Singapura pula merupakan sebuah syarikat pemburu ancaman antarabangsa dan syarikat risikan siber yang juga rakan kerja Interpol.



Syarikat itu akan bekerjasama dengan SIT untuk membangun persekitaran maya untuk menguji aplikasi, huraian dan sistem menentang ancaman siber.



Sementara itu, Wanxiang, yang terlibat dalam pengilangan dan penjualan komponen automotif, bekerjasama dengan pemacu blockchain Tribe untuk melancarkan ruang inovasi dan inkubasi blockchain di PDD.



Wanxiang juga akan bekerjasama dengan syarikat penyedia latihan setempat AGB Education Center untuk melancarkan siri program yang memberi tumpuan kepada pada ilmu pengetahuan, latihan dan pensijilan dalam teknologi utama untuk ekonomi digital.



Singapura mengumumkan rancangan induk untuk PDD tiga tahun lalu sebagai lokasi pilihan untuk pemain teknologi.



Kawasan itu akan memudahkan syarikat untuk meraih akses kepada rakan industri, kepakaran akademik dan bakat yang sedia ada dalam industri itu.



SIT akan ditempatkan berdekatan dengan perniagaan tersebut, sekaligus memberi manfaat kepada pelajar dari segi sekitaran pembelajaran gunaan sambil menawarkan bakat kepada perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >