Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar Darjah 1: 89 sekolah adakan undian Fasa 2C

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR separuh sekolah rendah di sini akan mengadakan undian bagi fasa kelima pendaftaran Darjah Satu tahun ini.



Sebanyak 89 daripada 181 sekolah rendah di sini akan mengadakan undian bagi tempat-tempat Darjah Satu dalam Fasa 2C, mengikut maklumat di laman web Kementerian Pendidikan (MOE).



Ini termasuk sekolah-sekolah popular seperti Sekolah Rendah Nanyang, serta beberapa sekolah yang biasanya tidak menerima permintaan besar, seperti Sekolah Rendah Admiralty.



Lima daripada sekolah-sekolah ini telah menerima lima kali ganda pemohon berbanding tempat kosong.



Sebagai contoh, Sekolah Rendah Northland di Yishun menerima 191 permohonan bagi 28 tempat kosong - jumlah pemohon yang terbanyak bagi tempat yang disediakan.



Lagi empat sekolah ialah Sekolah Rendah Nan Hua, Sekolah Rendah South View, Sekolah Rendah St Hilda's dan Sekolah Rendah Princess Elizabeth.



Fasa 2C adalah bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai hubung kait dengan sekolah dan dianggap sebagai fasa paling disaingi.



Pendaftaran bagi fasa ini ditutup pada 5 Ogos, dengan empat daripada 10 sekolah rendah menerima lebih ramai pemohon daripada tempat yang ada, sebelum perangkaan terkini dikeluarkan MOE kelmarin.



Dua sekolah - Sekolah Rendah Oasis dan Sekolah Rendah Valour - kededuanya di Punggol, juga menerima lebih ramai pemohon daripada tempat yang ada, tetapi tidak akan mengadakan undian.



Kededua sekolah itu hanya memperuntuk tempat bagi kanak-kanak warga Singapura yang tinggal di jarak 1 kilometer dari sekolah.



Mereka yang tidak diberi keutamaan serupa, seperti kanak-kanak penduduk tetap (PR), tidak akan diterima.



Satu lagi sekolah - Sekolah Rendah Opera Estate di Bedok - akan menerima kanak-kanak warga Singapura, tetapi mengadakan undian bagi penduduk tetap.



Ini kerana sekolah itu telah mencapai had bagi bilangan PR yang boleh diterima sekolah itu bagi Fasa 2C dan Fasa 2C (Tambahan) yang diperkenalkan MOE tahun lalu.



Had ini diikat pada kadar 25 peratus hingga 30 peratus kohort Darjah Satu yang dirancang bagi sesebuah sekolah.



Langkah ini bertujuan mencegah bilangan kanak-kanak penduduk tetap yang terlalu ramai di sekolah-sekolah rendah tertentu, dan untuk menyediakan sekitaran yang menggalak interaksi antara kanak-kanak warga Singapura dengan penduduk tetap, selain membantu kanak-kanak penduduk tetap menyesuaikan diri dengan lebih baik di sini, kata MOE sebelum ini.



Hasil undian ini dijangka diterbitkan pada 17 Ogos.



Tahun lalu, 99 sekolah mengadakan undian bagi Fasa 2C, termasuk Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Sekolah Rendah Temasek dan Sekolah Rendah West Spring.



Pada 2019, 87 sekolah menerima lebih banyak permohonan berbanding tempat yang disediakan, dengan 81 mengadakan undian.



Fasa 2C adalah fasa kelima daripada tujuh fasa pendaftaran Darjah Satu, yang pada tahun ini diadakan keseluruhannya di dalam talian kerana pandemik.



Mereka yang masih belum mendaftar bagi sekolah rendah boleh berbuat demikian dalam fasa selanjutnya - Fasa 2C (Tambahan) - menerusi Sistem Internet Darjah 1 yang bermula 9 pagi pada 19 Ogos.



Murid antarabangsa boleh mendaftar di bawah Fasa 3 selepas semua warga Singapura dan penduduk tetap telah diberikan tempat menerusi fasa-fasa lebih awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >