Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar kejohanan futsal BH, dapat sewa padang secara percuma

SITI AISYAH NORDIN
Apr 24, 2015 | 05:24 PM



KELAB Bola Sepak Home United (HUFC) akan menawarkan sewa padang futsal secara percuma, sekurang-kurangnya untuk selama sejam, jika pasukan-pasukan datang mendaftar untuk Kejohanan Futsal Nasional 2015 anjuran BeritaHarian.sg pada hari ini dan esok.


Di bawah tawaran itu, pasukan yang mendaftar perlu menyewa padang selama sejam terlebih dahulu, sebelum diberi bermain secara percuma bagi tempoh selama sejam selanjutnya.


Pasukan yang bakal mendaftarkan diri di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA) itu bakal diberikan baucer yang membolehkan mereka mendapatkan diskaun tersebut.


Bagi pasukan yang telah mendaftar pada hujung minggu lalu, usah khuatir, kerana mereka juga layak mendapatkan baucer tersebut.


Pasukan yang mendaftar pada 18, 19 dan 22 April lalu boleh menuntut baucer itu pada hari ini dan esok di HYFA, atau semasa berlangsungnya kejohanan itu pada 30 & 31 Mei nanti.


Mereka hanya perlu membawa bukti pembayaran semasa di kaunter pendaftaran.


Setiap pasukan layak menerima baucer tersebut, bermakna mereka yang mendaftar tiga pasukan bakal diberikan tiga baucer.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HUFC, Encik Azrulnizam Shah Sohaimi, berkata baucer itu seperti memberi diskaun 50 peratus.


"Sebagai contoh, jika anda ingin menyewa padang futsal kami selama dua jam, anda boleh menggunakan baucer ini dan hanya perlu membayar sewa untuk satu jam sahaja


"Bagi pasukan yang akan beraksi di Kejohanan Futsal Nasional 2015, ia merupakan peluang emas untuk menyempurnakan persiapan mereka melalui latihan di padang HYFA," ujarnya.


Namun, baucer tersebut hanya boleh digunakan untuk menyewa padang futsal HYFA sahaja, dan bukan padang bola sepak. Waktu permainan percuma itu pula tertera di belakang baucer.


Justeru, pasukan yang belum mendaftar, ayuh segera mendaftar sebelum terlambat selain dapat menikmati baucer HUFC itu.


Mereka perlu mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan di laman events.beritaharian.sg/futsal.


Borang yang sudah diisi hendaklah dicetak dan dibawa ke HYFA semasa membuat pembayaran dan pengesahan pendaftaran.


Borang juga disediakan di HYFA.


Bayaran pendaftaran hari ini dan esok adalah $90 untuk kategori U-12, U-14 dan U-18, dan $160 untuk kategori U-35, A-35 dan Wanita.


Untuk keterangan lanjut hubungi HUFC di talian 6352-5611 atau hantar emel ke ayyub@hufc.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >