Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar Kemasukan sekolah rendah mendiang PM Lee bukti sifat cemerlang, konsisten

Jul 24, 2022 | 06:43 AM



RAMAI yang pasti sudah tahu bahawa mendiang Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, pernah menuntut di sekolah menengah Raffles Institution dan seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya ke jurusan undang-undang sebelum berkecimpung dalam bidang politik.



Namun tidak banyak informasi yang dikongsikan tentang pendidikannya di sekolah rendah sebelum itu, dan bagaimanakah keadaan Encik Lee sewaktu kecil dahulu?



Apa yang boleh kita ketahui tentang beliau?



Satu inisiatif sedang berjalan dan dianjurkan oleh Taman Tugu Pengasas yang berusaha memanggil orang ramai untuk berkongsikan artifak dan cerita-cerita yang memberi gambaran tentang sejarah Singapura setelah kemerdekaannya.



Salah satu artifak yang diketengahkan menerusi panggilan itu ialah buku Daftar Kemasukan Sekolah Rendah Telok Kurau, yang dahulunya dikenali sebagai Telok Kurau English School, yang menunjukkan bahawa mendiang Encik Lee pernah menuntut dulu.



Daftar Kemasukan yang berusia hampir seabad itu, mengandungi rekod butiran kemasukan murid-murid daripada tahun 1926 sehingga 1941 (6 September 1926 hingga 9 Jun 1941).



Kata Cikgu Zalina Zakariah-Ismael, selaku Ketua Jabatan Pendidikan Karakter dan Kewarganegaraan Sekolah Rendah Telok Kurau:



"Dari Daftar ini, kita dapat lihat siapa rakan sekelasnya, dan keputusannya yang cemerlang dan konsisten tahun demi tahun, sehinggakan dapat melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution."



Menurut beliau lagi, demografi kelas mendiang Encik Lee menunjukkan rakan-rakannya berasal daripada latar belakang berbilang bangsa, dan Encik Lee memang seorang yang perjuangkan keharmonian kaum sewaktu beliau menjadi Menteri yang disegani di dunia.



"Daftar Kemasukan sangat berharga kepada sekolah kami kerana ia merekodkan persekolahan mendiang Perdana Menteri pertama negara kita daripada tahun 1930 hingga 1935.



"Mendiang Encik Lee sangat fokus untuk memastikan peluang yang saksama dalam bidang pendidikan tidak kira bangsa atau agama. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah pemangkin kepada kejayaan. Dari usia yang muda, Encik Lee sangat mementingkan kemahiran dan bidang ilmu. Beliau sangat berdaya bingkas dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan," tambah Cikgu Zalina.



Pameran bergerak 'Kongsi Kisah Anda, Bentukkan Tugu Pengasas Kami' (Share your story, Build our Memorial) yang menampilkan artifak dan cerita dari orang ramai akan membentangkan kisah pembinaan negara Singapura, dan ingin memperkenalkan beberapa nilai-nilai pengasas yang bertanggungjawab mengorak sejarah Singapura moden.



Bermula di Gardens by the Bay pada 28 April 2022, pameran itu sekarang berada di pusat membeli-belah Funan Mall hingga 24 Julai dan akan berpindah ke i12 Katong dari 25 Julai hingga 7 Ogos nanti.



Pameran itu akan berpindah ke pelbagai lokasi sekitar pulau, termasuk pusat membeli-belah, hab komuniti, perpustakaan dan sekolah, sehingga Februari 2023. Versi dalam talian bagi pameran perjalanan juga tersedia di laman web Tugu Pengasas untuk membolehkan akses yang lebih besar. Ia juga terdapat dalam bahasa Melayu.



Sumbangan rakyat Singapura sangat dialu-alukan supaya dapat membantu memainkan peranan dalam pembinaan Taman Tugu Pengasas dengan menyumbangkan artifak dan cerita mereka sendiri dari tahun 1950-an hingga 1970-an. Pembukaan galeri Taman Tugu Pengasas dijadualkan pada 2027 di Bay East Garden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >