Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar korban di 54 masjid bermula

May 15, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura boleh membuat pendaftaran bagi korban, yang akan ditawarkan 54 masjid tahun ini, secara dalam talian menerusi satu laman sehenti mulai hari ini.



Buat tahun ketiga berturut-turut, tiada ternakan hidup akan dibawa masuk ke Singapura, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Namun, SalamSG Korban - satu jawatankuasa di bawah Gerakan SalamSG - akan bekerjasama dengan masjid setempat untuk mengatur bagi ibadah korban dilakukan di Australia dan dagingnya dihantar ke Singapura untuk dibeku dan diagihkan di sini.



Bagi memudahkan tempahan dan pembayaran bagi korban tahun ini, pasukan SalamSG Korban memperkenalkan portal pendaftaran www.ourmasjid.sg/korban.



Orang ramai boleh memilih masjid untuk menempah korban itu, dan memilih pakej korban - yang berharga dari $350 hingga $370 - serta jumlah daging yang ingin didapatkan (sepertiga, dua pertiga atau penuh).



Tahun lalu, harga korban ialah $320 hingga $370.



Orang ramai juga boleh langsung ke masjid untuk membuat tempahan dan bayaran. Tempahan dan pembelian daging korban akan bermula hari ini dan ditutup pada 1 Julai, atau sehingga korban habis ditempah.



Daging korban itu akan diagihkan bermula 14 Julai dan berlangsung hingga 7 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >