Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar London iktiraf Rajah & Tann firma guaman terbaik SG

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



PENYEDIA daftar peguam dan pakar bidang guaman berpangkalan di London, Who's Who Legal, memilih Rajah & Tann Singapore sebagai firma guaman terbaik Singapura.



Pengarah urusan firma itu, Encik Patrick Ang, pula diiktiraf sebagai Peguam Tahun Ini atas kecemerlangannya menguruskan kes penyusunan semula dan ketakmampuan bayar.



Ini diumum dalam satu kenyataan media firma guaman itu semalam.



Secara amnya, penganugerahan itu meliputi 35 bidang dan industri di 70 bidang kuasa serata dunia. Pemenang dipilih daripada hasil penilaian mendalam, penyelidikan dan analisis terperinci.



Diminta mengulas tentang kecemerlangan firmanya, Encik Ang berkata mereka menerima anugerah itu dengan rasa rendah hati.



"Kejayaan dan pencapaian ini hasil sokongan anak guam saban tahun dan peluang yang diberikan. Anugerah ini juga milik seluruh pasukan peguam yang bekerja keras hingga kami mampu tekal menyediakan khidmat cemerlang," ujarnya.



Menurut kenyataan itu, Encik Ang mengambil alih pucuk pimpinan firma tersebut tahun lalu.



Mereka turut menerima pengiktirafan daripada badan berprestij lain, seperti Chambers Global, IFLR1000 dan The Legal 500.



Pada Ogos lalu, Rajah & Tann diiktiraf sebagai Firma Guaman Asia Pasifik Tahun Ini dalam Anugerah Asialaw.



Ia antara syarikat guaman besar di Singapura dan Asia Tenggara dan banyak mengendalikan kes seperti huraian pertelingkahan, penimbangtaraan antarabangsa, perkapalan, penyusunan semula, ketakmampuan bayar, persaingan dan korporat.



Antara peguam terkenal di Rajah & Tann ialah Anggota Parlimen Murali Pillai dan Vikram Nair.



Sebelum ini, firma tersebut melahirkan tokoh undang-undang tempatan seperti mantan peguam negara V. K. Rajah dan Hakim Besar sekarang Sundaresh Menon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >