Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar masuk SafeEntry diwajibkan di lebih banyak pasar susuli tambahan kes Covid-19: MOH

Jul 19, 2021 | 12:31 AM



LANGKAH lebih ketat akan dilaksanakan bagi mengurus akses bagi pasar basah di mana kes Covid-19 baru-baru ini dikesan dalam kalangan pengendali gerai dan pembantu gerai.



Mulai Isnin (19 Julai), pemagaran sementara akan dikendalikan di kawasan pasar dengan kes Covid-19 oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan majlis bandaran dengan daftar masuk SafeEntry wajib berkuatkuasa, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (18 Julai).



Kawalan akses tambahan ini akan lebih dapat membolehkan proses jejak kontak dijalankan bagi mengekang kes koronavirus, kata MOH.



Kawalan akses serupa telah dilaksanakan bagi lagi 13 pasar sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 diperkenalkan tahun lalu, ujar MOH lagi.



Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke pasar itu apabila bilangan pengunjung di setiap pasar mencecah tampungan yang dibolehkan dan ditetapkan.



Pada hujung minggu lalu, pembentukan kelompok telah dikesan di dua pasar - Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim dan Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon.



MOH berkata kelompok ini kemungkinan terbentuk awalnya dari jangkitan penjual ikan dan pengendali gerai yang berkunjung ke Pelabuhan Perikanan Jurong bagi mendapatkan bekalan untuk dijual di pasar dan pusat makanan.



Kelompok di pelabuhan kini mempunyai 63 kes sehingga tengah hari Ahad.



Kes Covid-19 juga dikesan di Pusat Makanan Amoy Street dan Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang serta Pasar Basah Whampoa, Blok 11 Telok Blangah Crescent, Pasar Taman Jurong, Pasar Redhill, Pasar Melayu Geylang Serai, Pasar Geylang Bahru, Pasar 527 Ang Mo Kio, Pasar Basah 726 West Coast dan Pasar Basah Bukit Timah.



MOH menambah keadaan berselerak pasar basah menjadikan proses jejak kontak dan pengasingan kurang jelas dan tidak mudah.



"Kami khususnya prihatin bahawa pasar basah ini dikunjungi pelbagai pelanggan termasuk warga emas yang mudah terdedah dengan jangkitan di samping sesetengahnya yang kekal belum menjalani vaksinasi. Mereka mungkin dijangkiti dan boleh menderita tanda jangkitan lebih teruk," kata MOH.



MOH selanjutnya menggesa semua individu yang belum menjalani vaksinasi, khususnya warga emas, agar kekal duduk di rumah sahaja seberapa kerap yang boleh dalam masa beberapa minggu mendatang.



"Kami menggesa orang awam agar mendekati saudara-mara atau jiran berusia senja yang masih belum menjalani vaksinasi agar dapat meninjau bentuk bantuan apa yang mereka perlukan, sebagai contoh, dalam membeli barangan keperluan harian.



"Dengan kedatangan cuti umum Hari Raya Haji pada 20 Julai ini, individu harus membataskan jumlah perhimpunan sosial secara keseluruhan pada tidak melebihi dua orang setiap hari, sama ada bagi kunjungan ke isi rumah lain atau bagi bertemu kawan dan anggota keluarga di ruang awam.



"Ini adalah bagi mengelakkan keadaan terlalu sesak dan memastikan jarak selamat berkesan dan penguatkuasaan dapat dijalankan bagi memastikan keselamatan setiap orang," jelas MOH.



Ini termasuk mereka yang telah menjalani vaksinasi tetapi mempunyai anggota keluarga warga emas yang belum menjalani vaksinasi di rumah. Golongan ini harus mengelakkan daripada berkunjung ke tempat sesak atau menjalankan interaksi sosial meluas, tambah MOH.



Ini adalah kerana individu yang menjalani vaksinasi masih boleh dijangkiti dengan virus ini dan secara tidak sengaja atau dalam keadaan leka membawa virus ini pulang ke rumah dan pada warga emas yang belum menjalani vaksinasi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >