Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar masuk TraceTogether dikembalikan di pasar raya mulai 21 Julai

Jul 07, 2021 | 04:12 PM



KETETAPAN daftar masuk TraceTogether-only SafeEntry dan SafeEntry Gateway akan diperkenalkan semula di pasar raya mulai 21 Julai.



Peraturan baru ini diperkenalkan bagi pasar raya yang letaknya dalam lingkungan bangunan TraceTogether-only SafeEntry dengan waktu operasi yang sama, jelas pasukan bertindak berbilang kementerian pada Rabu (7 Julai).



Ini adalah kerana jumlah pengunjung lebih ramai di pasar raya yang menambah risiko jangkitan Covid-19.



Ketetapan baru ini akan membantu proses menjejak kontak lebih disasarkan buat individu yang mempunyai kunjungan bertindih dengan golongan yang dijangkiti dalam bangunan tertutup, jelas Kementerian Kesihatan (MOH).  



Kaedah daftar masuk SafeEntry Gateway ini membolehkan individu mendaftar masuk dengan lebih cepat dan lancar. Setiap individu boleh mendaftar masuk dengan meletakkan token TraceTogether atau aplikasi dekat dengan gerbang laluan.



Pasar raya mandiri, yang telah melaksanakan daftar masuk TraceTogether-only SafeEntry dan SafeEntry Gateway, boleh terus berbuat demikian.



"Kami menggalakkan semua orang awam mematuhi ketetapan daftar masuk SafeEntry dan membawa token TraceTogether atau memastikan aplikasi TraceTogether mereka aktif bagi memudahkan proses menjejak kontak dan melindungi diri mereka dan orang tercinta," jelas MOH lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >