Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar masuk TraceTogether diperkenal semula di pasar raya mulai 21 Julai

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



PENDAFTARAN masuk menggunakan pintu masuk SafeEntry dan TraceTogether-only SafeEntry (TT-only SE) akan diperkenalkan semula di pasar raya mulai 21 Julai.



Keperluan baru ini akan dilaksanakan di pasar raya yang terletak di dalam bangunan TT-only SE sahaja dengan waktu operasi yang sama, kata pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF).



Ini disebabkan oleh jumlah pelanggan yang tinggi di pasar raya, yang meningkatkan risiko penularan Covid-19.



Keperluan baru ini akan membantu usaha penjejakan kontak yang lebih tepat bagi individu yang melakukan lawatan pada waktu yang sama dengan kes yang dijangkiti di bangunan tertutup, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Pintu masuk SafeEntry merupakan kaedah daftar masuk yang membolehkan individu mendaftar masuk dengan lebih cepat dan lancar. Pengguna mendaftar masuk dengan meletakkan token atau aplikasi TraceTogether dekat dengan pintu masuk tersebut.



Pasar raya lain, seperti pasar raya kendiri, yang telah melaksanakan daftar masuk TT-only SE dan pintu masuk SafeEntry, akan terus melakukannya.



"Kami menggesa orang ramai untuk mematuhi syarat daftar masuk SafeEntry dan membawa token TraceTogether mereka atau memastikan aplikasi TraceTogether mereka tetap aktif untuk memudahkan pengesanan kontak, dan membantu melindungi diri mereka dan orang yang mereka sayangi," kata kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >