Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar P1: Kemasukan kini diurus komputer

Mar 21, 2018 | 05:30 AM



IBU bapa tidak lagi perlu turun ke sekolah rendah pilihan untuk mendapatkan anak tempat di situ.



Bermula tahun ini, pengundian manual yang dijalankan sekolah sebagai sebahagian pendaftaran tahunan Darjah Satu akan digantikan dengan pengundian berkomputer.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata proses menerusi komputer, yang akan dilakukan secara terpusat, akan memperkemas proses pendaftaran dan menjadikannya lebih mudah buat ibu bapa.



Seperti proses manual, pengundian berkomputer memastikan semua pihak yang perlu mengundi "diberi peluang sama memasuki sekolah", katanya.



Pengundian dilakukan apabila bilangan permohonan melebihi tempat kosong di sekolah semasa fasa pendaftaran.



Ibu bapa boleh melayari laman MOE untuk mengetahui sekolah mana yang memerlukan pengundian di akhir setiap fasa.



Bermula tahun ini, ibu bapa akan dimaklumkan melalui pesanan teks mengenai keputusan pendaftaran dan keputusan pengundian, jika ada, pada hari yang sama.



MOE berkata pengundian berkomputer itu ialah proses selamat yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya bagi kemasukan ke sekolah menengah dan institusi posmenengah.



Satu lagi perubahan melibatkan murid antarabangsa.



Bermula tahun ini, mereka perlu mengemukakan borang "tanda minat" secara dalam talian menerusi laman Darjah Satu MOE dari 5 hingga 11 Jun. Ini menjelang pendaftaran rasmi Darjah Satu yang bermula akhir bulan Jun.



Mereka akan dimaklumkan MOE pada Oktober jika mereka berjaya mendapatkan tempat Darjah Satu di sesebuah sekolah.



Mereka juga mesti mendaftarkan diri secara peribadi di sekolah rendah yang ditetapkan semasa Fasa Tiga pada Oktober.



MOE berkata mereka menerima lebih banyak permohonan daripada pelajar asing sejak kebelakangan ini lalu menyebabkan lebih banyak masa diperlukan untuk memproses permohonan mereka.



Kementerian itu berkata penghantaran tanda minat tidak dianggap sebagai pendaftaran.



Seperti dalam latihan sebelumnya, kemasukan sekolah bagi murid antarabangsa tidak dijamin.



Ini disebabkan jumlah tempat terhad selepas kanak-kanak warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) disalurkan ke sekolah di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >