Daftar pengundi akan dikemas kini; Pedra Branca disertakan dalam East Coast, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Daftar pengundi akan dikemas kini; Pedra Branca disertakan dalam East Coast

Feb 01, 2019 | 06:56 PM

DAFTAR pengundi Singapura sedang dikemas kini dan akan dibuka untuk pemeriksaan awam akhir bulan ini, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) hari ini (1 Feb).

Secara berasingan, divisyen pilihan raya East Coast telah diubah untuk menyertakan pulau Pedra Branca, kata notis dalam Warta Pemerintah elektronik.

Dalam kenyataannya, ELD berkata senarai rakyat Singapura yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang akan dibuka untuk pemeriksaan awam selama dua minggu menjelang akhir bulan ini.

Akta Pilihan Raya Parlimen menghendaki daftar itu disemak tidak lebih daripada  tiga tahun selepas setiap pilihan raya umum. 

Ia juga mempunyai peruntukan bagi Perdana Menteri meminta semakan dibuat dari masa ke masa. 

Discover Malay Home Based Businesses

Notis untuk menyertakan Pedra Branca datang selepas Malaysia pada Mei lalu menarik balik permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang memberikan kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura.

Pulau-pulau luar pesisir yang merupakan sebahagian wilayah Singapura seperti Sultan Shoal dan Pulau Kusu disertakan dalam peta pilihan raya.

Pengunduran oleh Malaysia bermakna ia tidak lagi boleh mencabar kedaulatan Singapura ke atas Pedra Branca, memandangkan tempoh 10 tahun yang diperuntukkan dalam Statut ICJ bagi membuat permohonan semakan telah luput.

Pulau kecil Pedra Branca - juga dikenali sebagai Pulau Batu Puteh - menempatkan Rumah Api Horsburgh, kira-kira 40 kilometer timur Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map