DAFTAR pengundi telah disemak dan kini dibuka untuk pemeriksaan awam mulai esok hingga 3 Mac ini.
Daftar yang disemak itu mengandungi nama-nama semua warga Singapura yang layak sebagai pengundi pada 1 Februari 2014.
Warga Singapura boleh memeriksa butir-butir mereka di daftar tersebut menerusi dalam talian di laman Jabatan Pilihan Raya di http://www.eld.gov.sg.
Mereka juga boleh melakukan demikian di balai/kelab masyarakat; di misi-misi luar negara Singapura yang dijadikan sebagai pusat-pusat membuang undi; dan di Jabatan Pilihan Raya.
Pemeriksaan-pemeriksaan itu dilakukan dengan menngunakan kad pengenalan/pasport.
Demikian menurut kenyataan Jabatan Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri, tadi.
Semasa tempoh pemeriksaan itu, warga boleh membuat semakan butir-butir diri mereka seperti nama, jantina dan alamat kad pengenalan atau menyertakan nama mereka dalam daftar jika ia tidak disertakan.
Warga juga boleh membuat bantahan terhadap penyertaan nama-nama orang dalam daftar bagi kawasan undi mereka.