Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dagangan dalam talian perut ikan, gamat ancam populasi spesies

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PERDAGANGAN dalam talian dua makanan laut - perut ikan dan gamat - yang amat popular di Singapura dan Malaysia kini mengancam populasi mereka di alam liar, menurut pertubuhan pemantauan perdagangan hidupan liar.



Khususnya, beberapa spesies terancam dan yang dikawal di peringkat antarabangsa, termasuk yang dilindungi di bawah undang-undang Singapura dan Malaysia, dijual dalam talian, kata pertubuhan bukan pemerintah Traffic dalam laporan baru yang dikeluarkan semalam.



Laporan tersebut, yang meminta pemantauan lebih ketat terhadap perdagangan dua makanan laut itu, telah menjejaki iklan dan penyenaraian produk tersebut dalam talian selama 11 hari pada 2020.



Ia kemudian kembali kembali ke laman dalam talian itu pada 14 Januari tahun ini dan mendapati bahawa perdagangan masih aktif, malah kini melibatkan spesies yang tidak ditawarkan pada 2020.



Antara laman yang dipantau Traffic ialah laman web e-dagang dan makanan laut yang berpangkalan di Singapura seperti Carousell, Shopee, Lazada, Song Fish Dealer dan Natural Brand.



Antara 17 Jun dan 6 Julai 2020, sebanyak 33 laman dalam talian dari kedua-dua negara mempunyai banyak penyenaraian yang menawarkan sekurang-kurangnya 5,540 kilogram produk gamat dan perut ikan.



Penjual di platform dagangan dalam talian, Tradekey Singapore dan Tradekey Malaysia mendakwa mereka boleh membekalkan 4,100 kilogram gamat, dengan 2,300 kilogram secara bulanan dan 100 kilogram secara mingguan, menurut laporan itu.



"Jumlah gamat dan perut ikan yang dilihat dalam perdagangan dalam talian di Malaysia dan Singapura adalah besar.



"Bagaimanapun, jumlah dagangan sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang direkodkan semasa penilaian," kata Cik Kanitha Krishnasamy, pengarah Traffic di Asia Tenggara.



"Kami tahu ini bukan sahaja kerana produk ini tersedia secara meluas di kedai, tetapi beberapa penjual dalam talian juga mendakwa mereka mampu membekalkan jumlah yang besar setiap bulan."



Perut ikan dan gamat adalah dua daripada empat makanan laut tradisional yang dinikmati secara meluas di Asia, selain abalon dan sirip ikan yu.



Gamat - yang terdapat di dasar laut di seluruh dunia - sangat dihargai kerana khasiat pemakanan dan perubatannya. 'Maw' ikan merujuk kepada pundi kencing ikan besar seperti sturgeon yang dikeringkan.



Laporan yang dikeluarkan pertubuhan itu bertajuk Penilaian Pantas Terhadap Perdagangan Dalam Talian Gamat Dan Perut Ikan Di Malaysia Dan Singapura.



Dalam laporan itu, penyelidik telah mengenal pasti kira-kira 20 spesies gamat yang dijual dalam talian. Daripada jumlah ini, sebanyak enam spesies disenaraikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).



Itu termasuk gamat dan ikan pasir, juga dikenali sebagai wen tu shen dalam bahasa Cina.



Tiga daripada 20 spesies itu kini disenaraikan di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites).



Ini bermakna bahawa perdagangan ketiga-tiga spesies itu, termasuk gamat putih (white teatfish) atau zhu po shen, dan gamat hitam (black teatfish), mesti dikawal untuk memastikan penakatan dan pemuliharaan mereka di alam liar.







"Jumlah gamat dan perut ikan yang dilihat dalam perdagangan dalam talian di Malaysia dan Singapura adalah besar.

Bagaimanapun, jumlah dagangan sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang direkodkan semasa penilaian.

Kami tahu ini bukan sahaja kerana produk ini tersedia secara meluas di kedai, tetapi beberapa penjual dalam talian juga mendakwa mereka mampu membekalkan jumlah yang besar setiap bulan."

- Cik Kanitha Krishnasamy, pengarah Traffic di Asia Tenggara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >