Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Dah selesa kerja di rumah, kini siap pula 'balik' pejabat...

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dah selesa kerja di rumah, kini siap pula 'balik' pejabat...

Jan 03, 2022 | 05:30 AM

SETELAH berbulan-bulan terpaksa bekerja dari rumah (WFH), pengasas Agensi Perancang Kewangan Ascent Islamic, Encik Hashim Bafadhal (gambar atas), sudah merasa selesa.

Beliau gembira dapat teruskan operasi perniagaannya di dalam talian dan mendedahkan bisnesnya meningkat 25 peratus meskipun tidak dapat berjumpa dengan pelanggan secara fizikal semasa pandemik.

Namun di sebalik keselesaan itu, beliau tetap merindui suasana bekerja di pejabat yang mana interaksi bersama para pekerja lain dapat dijalin secara langsung dan mewujudkan 'sentuhan manusia' yang lebih berkesan.

"Dalam jurusan pekerjaan kami, kami boleh berkembang dan lebih cemerlang bekerja di pejabat secara fizikal.

"Oleh itu, saya juga tidak sabar untuk kembali bersama pekerja saya yang lain di pejabat," ujar beliau.

Encik Hashim, 33 tahun, adalah antara majikan yang giat buat persiapan untuk kembali menerima pekerja ke pejabat dengan langkah pengurusan selamat dilonggarkan bagi pekerja untuk kembali ke pejabat mulai 1 Januari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3