Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakap kemahiran teknologi digital demi kelestarian industri seni

Di samping guna wadah media pelbagai sebagai sandaran alternatif
Aug 17, 2021 | 05:30 AM



Demi mengiktiraf sumbangan serta dedikasi penggiat seni setempat, pertubuhan seni Melayu, Variasi Performing Arts, telah menyampaikan 30 anugerah dalam 14 kategori semasa majlis Anugerah Variasi 2021 yang diadakan di Singapore Flyer baru-baru ini. BERITA HARIAN sempat menemu bual dua pemenang anugerah tertinggi majlis itu, Anugerah Jasa Variasi dan Anugerah Harapan Variasi.




TEMPIAS pandemik Covid-19 terhadap program seni serta operasinya memang tidak dapat dinafikan.



Justeru, penting mendakap segera kemahiran teknologi digital serta menggunakan wadah media pelbagai sebagai sandaran alternatif demi memastikan industri tersebut terus hidup meski dalam keadaan pandemik yang mengubah kehidupan biasa.



Demikian tumpuan Encik Muhammad Safuan Husen, yang lebih selesa dengan panggilan Wawan, dalam usahanya menjenamakan semula Variasi Performing Arts dan mempertingkat pendekatannya.



Demi memastikan pertubuhan seni Melayu seperti Variasi Performing Arts dapat bergerak selaras dengan arus transformasi digital, penggunaan wadah dalam talian serta media sosial perlu diterapkan, terutama sekali dalam menarik minat generasi baru.



"Tentunya sesiapa yang dapat menggunakan wadah media terkini dengan baik mempunyai kelebihan, sama ada untuk mencari bakat baru ataupun menarik perhatian masyarakat dengan kandungan mereka.



"Sehubungan itu, penting bagi kita memperbaharui konsep atau cara pendekatan bagi mempertingkat kebolehan dan jenama pertubuhan tersebut," jelasnya ketika dihubungi Berita Harian.



Sebagai pengarah muzik dan digital pertubuhan seni tersebut, antara langkah awal yang diambil adalah merancakkan pendekatan melalui media sosial menggunakan gabungan muzik dengan visual, seperti video muzik, filem pendek atau kisah-kisah visual.



Minat muzik yang mendalam serta pengalaman yang agak lama dalam industri tersebut membantu Wawan, 31 tahun, dalam usahanya menghasilkan kandungan-kandungan tersebut.



Beliau, yang juga merupakan finalis Anugerah 2009, kini berkecimpung dalam penerbitan muzik dan video di syarikat miliknya Elloonia Studio.



Antara projek yang diusahakannya sebelum ini termasuk lagu Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Raikan Raya Bersama, yang turut dihasilkan sempena ulang tahun ke-20 pertubuhan seni tersebut.



Komitmen mahu terus membina keupayaan Variasi Performing Arts serta merancakkan arena seni Melayu diiktiraf baru-baru ini semasa majlis Anugerah Variasi 2021.



Beliau menerima pengiktirafan tertinggi majlis tersebut iaitu Anugerah Jasa Variasi yang bertujuan menghargai sumbangan cemerlang penggiat seni kepada pertubuhan tersebut.



Lebih 30 anugerah dan penghargaan dalam beberapa kategori telah disampaikan semasa acara tersebut yang diadakan di Plume Ballroom di Singapore Flyer.



Tetamu terhormat Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, hadir untuk meraikan sumbangan penggiat seni semasa acara itu.



Dalam ucapan yang disampaikan semasa acara itu, Dr Faishal berkata:



"Kita sering menekankan kepentingan pendidikan di Singapura. Dalam hal ini, penting bagi anak muda mencapai kecemerlangan secara holistik, yakni cemerlang dalam bidang akademik dan juga bidang bukan akademik.



"Masyarakat Melayu/Islam kita sudah membuktikan bahawa kita boleh mencapai kecemerlangan secara holistik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >