'Daki' di leher petanda pesakit berisiko tinggi
Individu dengan tanda-tanda awal diabetes perlu dapatkan rawatan segera
Apr 16, 2016 | 05:30 AM
SEKALI pandang ia umpama seseorang kurang menjaga kebersihan diri sehingga leher dan ketiaknya gelap bak berdaki.
Namun, tidak ramai yang ketahui bahawa dari sudut perubatan, itu adalah antara petanda bahawa seseorang bakal atau kini sudah memasuki peringkat sebelum menghidapi penyakit kencing manis atau pradiabetes.