PERTIKAIAN OXLEY

Dakwaan Jawatankuasa Menteri salah guna kuasa tidak berasas

DAKWAAN bahawa Jawatankuasa Menteri menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu rumah Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew di 38 Oxley Road tidak berasas, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Sebaliknya, ia proses sewajarnya bagi pemerintah dan walaupun dua anak mendiang Encik Lee - Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang - mendakwa ia ditubuhkan secara rahsia, Encik Teo berkata adik-beradik itu tahu tentang jawatankuasa tersebut dan terma rujukannya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan