Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakwaan mengelirukan: Case beri penjual sistem air beralkali amaran kedua

Apr 07, 2022 | 05:53 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) telah mengeluarkan amaran terhadap sebuah syarikat yang menjual sistem air beralkali, selepas beberapa pengguna membuat aduan mengatakan syarikat itu membuat dakwaan mengelirukan dan tidak respons.



Ini amaran kedua yang dikeluarkan kepada Triple Lifestyle Marketing dalam kira-kira setahun.



Case menerima 139 aduan pengguna terhadap Triple Lifestyle Marketing antara 1 Nov tahun lalu dan 31 Mac tahun ini, kata persatuan itu dalam satu kenyataan lapor The Straits Times.



Amaran pertama dikeluarkan pada 23 Feb tahun lalu.



Case menerima 86 aduan pengguna terhadap syarikat itu antara 1 Jan 2020 dan 31 Jan tahun lalu.



Triple Lifestyle Marketing menjual apa yang dipanggil "pakej perkhidmatan penyelenggaraan jangka panjang" untuk sistem air alkali.



Pelanggan lazimnya membayar kira-kira $3,000 untuk pakej itu, dengan pilihan membayar penuh atau secara ansuran bulanan.



Di bawah pakej itu, pengguna sepatutnya menerima dispenser air, sistem penapisan air dan penggantian penapis air berkala secara percuma, kata Case.



Sebagai sebahagian daripada perjanjian perkhidmatan, syarikat itu juga dikehendaki membaiki dispenser air atau sistem penapisan air jika berlaku kerosakan.



Kebanyakan aduan yang diterima sejak Januari 2020 melibatkan keadaan pengguna mendakwa bahawa syarikat itu sama ada tidak memberi respons supaya mengganti penapis air atau pembaikan produk rosak, atau kakitangannya tidak hadir janji temu.



Menurut sesetengah pengguna, Triple Lifestyle Marketing tidak memberi alat ganti selepas ia mengambil produk yang rosak.



"Ini biarpun Triple Lifestyle Marketing memberi jaminan semasa proses jualan bahawa mereka akan membaiki dispenser air atau sistem penapisan air jika ia rosak," kata Case.



Pelanggan juga melaporkan bahawa syarikat itu membuat dakwaan mengelirukan semasa proses jualan.



"Sebagai contoh, pengguna mendakwa Triple Lifestyle Marketing memberitahu mereka bahawa mereka boleh membayar pakej secara ansuran, tetapi kemudiannya mengenakan jumlah penuh terlebih dahulu," kata Case.



Ia menambah bahawa beberapa pelanggan juga mengadu menerima dispenser air atau penapis air terpakai.



Case telah merujuk syarikat itu kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bagi siasatan di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil).



Di bawah akta itu, adalah satu amalan tidak adil jika pembekal melakukan atau berkata sesuatu, atau tidak berbuat demikian, bagi memperdaya atau mengelirukan pengguna.



CCCS boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang perniagaan terlibat dalam amalan tidak adil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >