Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Dakwaan palsu Raeesah Khan tidak banyak impak pada kerja polis kerana tidak dibuktikan, kata Pritam Singh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dakwaan palsu Raeesah Khan tidak banyak impak pada kerja polis kerana tidak dibuktikan, kata Pritam Singh

Dec 12, 2021 | 08:45 PM

KETUA Parti Pekerja (WP) dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, memberitahu sebuah jawatankuasa parlimen bahawa beliau berasakan pembohongan Cik Raeesah Khan tentang serangan seksual itu tidak membawa banyak kemudaratan buat pihak polis.

Sedang Cik Raeesah Khan memberitahu Parlimen pada 3 Ogos bahawa pihak polis telah melayan seorang mangsa serangan seksual secara tidak sensitif dan membuatnya menangis, mantan Anggota Parlimen (AP) itu tidak dapat  membuktikan dakwaannya itu, kata Encik Pritam.

Melihat pada perkara ini, beliau menambah, dirinya tidak bersetuju bahawa anekdot palsu itu mempunyai impak buruk terhadap kerja pihak polis.

Encik Pritam memberikan pandangannya tentang isu ini dalam sidang yang diadakan Jawatankuasa Hak Istimewa pada Jumaat (10 Disember) selepas Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, menyatakan bahawa pembohongan Cik Raeesah menjadi lebih serius kerana ia boleh membawa kesan pada kerja pihak polis.

Cik Raeesah memberitahu Parlimen dalam ucapannya bahawa beliau menemani mangsa serangan seksual ke balai polis untuk membuat laporan dan mendakwa mangsa keluar daripada balai itu menangis selepas pihak polis bertanya kepadanya tentang pakaiannya dan sama ada beliau minum arak.

Cik Raeesah selepas itu mengaku bahawa beliau berbohong dan tidak menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis. Malahan, beliau mendengar anekdot itu di sebuah kumpulan sokongan.

Dalam pertukaran pendapat yang ringkas tetapi tegang sewaktu sidang mengenai bagaimana penipuan itu menjejas polis, Encik Tong bertanya kepada Encik Pritam jika pembohongan itu boleh atau 'okay' untuk disampaikan di Parlimen berhubung dengan "reaksi teruk" yang dikatakan dilakukan pihak polis terhadap aduan oleh mangsa serangan seksual itu.

Mengenai pertanyaan itu, Encik Pritam menekankan bahawa Cik Raeesah dipersoal langsung dan tidak dapat mengesahkan dakwaannya.

Katanya lagi: "Pihak polis bukan pertubuhan yang lemah...Saya dengan sungguh-sungguh dan sejujurnya percaya jika anda berbual dengan sebarang pegawai polis kanan yang bagus dalam tugasnya, beliau akan memberitahu anda bahawa dalam proses siasatan ini, akan terdapat beberapa situasi di mana sesetengah soalan diberikan kepada saksi yang tidak selesa buat orang itu."

Encik Tong kemudian menyatakan kesilapan sudah dibuat ke atas polis kerana masa sudah terbuang dalam mereka "sibuk berbuat bermacam perkara tetapi tidak banyak hasil yang dicapai selama tiga bulan" bagi mencari kes yang Cik Raeesah perkatakan.

Namun, Encik Pritam tidak bersetuju.

Beliau juga merujuk pada kenyataan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, yang berkata pada sidang itu bahawa pihak polis tidak dapat menemui sebarang kes yang cocok dengan apa yang Cik Raeesah jelaskan.

"Jadi apa kerja yang sebenarnya dibuat? Saya tak sedar tentangnya. Saya bukannya kata tiada kerja yang dibuat, tentunya kerja mesti telah dibuat, dibuat untuk memeriksa," kata Encik Pritam.

Apabila Encik Tong menyatakan pihak polis perlu menyemak semua kes untuk memeriksanya memandangkan dakwaan yang dibuat di Parlimen itu serius dan perlu diutarakan, Encik Pritam menjawab: "Saya tidak percaya saya mendengarnya dari polis. Saya tidak mendengarnya di mana-mana bahawa mereka telah menyemak semua kes."

Encik Tong kemudian bertanya Encik Pritam mengapa beliau meminta maaf kepada polis sewaktu sidang media WP pada 2 Disember mengenai peletakan jawatan Cik Raeesah, sesuatu yang memberi gambaran beliau mesti rasa akan "kesalahan yang dibuat ke atas pihak polis".

Encik Pritam pula berkata beliau melakukannya kerana katanya, "Saya tidak fikir sesiapa layak melalui keadaan sebegini...dan saya berkerjasama dengan polis".

Encik Pritam juga berkata beliau telah meminta maaf kerana seorang wartawan bertanya tentang pihak polis.

Encik Tong kemudian menambah Encik Pritam semestinya sudah "membenarkan" kenyataan oleh Cik Raeesah pada 1 November iaitu pengakuannya pada pembohongan yang dibuat dengan beliau meminta maaf kepada polis.

Tetapi Encik Pritam bertegas tidak setuju dengan pilihan perkataan Encik Tong yang menyatakan kenyataan itu mengandungi kata-kata Cik Raeesah dan beliau tidak membenarkan kenyataan itu walaupun beliau berpuas hati dengannya.

Beliau menambah dirinya tidak pernah berkata beliau tidak mahukan permintaan maaf itu dibuat kepada polis.

Beliau juga memberitahu Encik Tong: "Anda takkan menyatakan perkara yang saya tidak katakan."

Encik Tong pula menjawab: "Saya tidak boleh kerana kebenarannya harus datang daripada anda."

Di dalam sidang itu, turut diketahui bahawa Encik Singh, pengerusi WP, Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi Encik Faisal Manap telah ketahui daripada e-mel yang polis kirimkan kepada Cik Raeesah pada 7 Oktober, meminta bantuannya dalam siasatan terhadap dakwaan itu.

Cik Raeesah telah mengirimkan e-mel tersebut kepada tiga pemimpin WP itu dan meminta nasihat mereka tentang apa yang boleh dilakukan.

Mengesahkan perkara ini, Encik Pritam berkata beliau tidak menasihati Cik Raeesah untuk menjawab kepada pihak polis tetapi menambah bahawa dirinya memberitahu Cik Raeesah pada suatu ketika agar memberitahu polis yang beliau akan memperjelas isu ini di Parlimen, jelas laporan khas yang meringkaskan kenyataan Encik Pritam pada Jawatankuasa Hak Istimewa itu,

Encik Pritam juga berkata sedang beliau tidak mengarah Cik Raeesah agar bertemu polis untuk menjawab soalan mereka, beliau juga tidak mengarahnya agar tidak berbuat demikian.

Ditanya mengapa beliau tidak menasihati Cik Raeesah agar memberi respons kepada polis, walaupun diundang agar berbuat demikian sebanyak tiga kali, Encik Pritam berkata ini adalah kerana jelas baginya bahawa pembohongan Cik Raeesah perlu diperbetulkan di Parlimen, tempat di mana ia asalnya disampaikan, kata laporan khas itu lagi.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3