Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakwaan wanita tunggu 4 jam hingga keguguran tak benar, KKH buat laporan polis

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



HOSPITAL Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak benar oleh seorang wanita hamil yang berkata beliau menunggu selama empat jam sebelum mendapat rawatan bagi sakit perut di hospital itu sehingga beliau keguguran bayinya.



Meneurusi satu kenyataan semalam, ketua pegawai eksekutif KKH, Profesor Alex Sia, berkata:



"KKH ingin menjelaskan bahawa laporan dalam talian mengenai kejadian di Pusat Obstetrik dan Ginekologi Cemas (UOGC) adalah tidak benar."



Tambahnya, terdapat percanggahan antara cerita yang disampaikan itu dengan maklumat bil yang dikongsi dalam talian.



"Kami tegas menyatakan bahawa senario itu tidak wujud.



"Kami telah membuat laporan polis," ujar Profesor Sia.



Dakwaan wanita itu berhubung kejadian tersebut tular di media sosial sejak Rabu lalu.



Menurutnya, beliau tiba di KKH pada 2 petang untuk mendapatkan rawatan namun disuruh tunggu di tempat kenderaan menurunkan penumpang.



Sekitar 5 petang, beliau mendakwa mula mengalami pendarahan namun masih belum mendapat rawatan.



Apabila seorang doktor akhirnya berjumpa dengannya pada 6 petang, wanita itu mendakwa beliau diberitahu bayinya sudah meninggal dunia.



Profesor Sia berkata ini merupakan waktu yang kritikal bagi semua orang dalam sektor penjagaan kesihatan dan hospital itu akan terus melakukan yang terbaik untuk menjaga pesakitnya.



"Setiap maklum balas memberi kami peluang melakukan lebih baik dan kami menganggapnya dengan serius tetapi apabila terdapat maklumat palsu, kami juga harus menanganinya dengan telus.



"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas sokongan mereka dan memberi kami masa untuk menyiasat kejadian ini," ujar beliau.



Dakwaan tentang kejadian di KKH itu menyusuli satu kes di Hospital Universiti Nasional (NUH) baru-baru ini di mana seorang wanita yang hamil 36 minggu dan sedang mengalami pendarahan terpaksa menunggu di Jabatan Kecemasan (ED) selama dua jam dan kemudian mengalami keguguran.



NUH telah meminta maaf Rabu lalu dan berkata mereka sepatutnya berusaha memantau rapat dan menjaga rapi wanita itu.



Hospital itu juga sedang menyemak proses bagi mengurus pesakit hamil yang datang ke ED supaya kejadian itu tidak berlaku lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >