Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Dalam tempoh 12 tahun, gaji naik lebih seganda

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



SEMASA beliau menyertai sektor pembersihan 12 tahun lalu, Encik Zainudin Kasbola mendapat gaji $750 sebulan.



Namun, sebagai penyelia pembersihan kini, warga Singapura berusia 42 tahun itu dapat menikmati gaji $1,950 sebulan.



Namun, bukan gajinya sahaja yang meningkat sepanjang lebih sedekad lalu.



Encik Zainudin yang telah berkhidmat dengan syarikat Cleaning Express Pte Ltd (ATALIAN Global Services Singapore) selama tujuh tahun juga kini lebih berkemahiran dan ini memberinya lebih kepuasan.



Ini adalah antara manfaat yang dapat dinikmati pekerja pembersihan seperti beliau dengan Model Gaji Progresif (PWM) yang dilaksana bagi warga dan penduduk tetap (PR) Singapura yang berkhidmat dalam sektor pembersihan pada 2014.



PWM memastikan gaji seseorang pekerja setara dengan tahap kemahiran dan peranannya.



Ini juga memastikan gaji yang lebih adil dan menggalak pekerja meningkatkan kemahiran mereka.



Ia juga boleh merangsang mereka menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran yang membawa kepada daya penghasilan lebih tinggi dan dengan itu membolehkan mereka meraih gaji lebih tinggi.Di bawah PWM, penyelia pembersihan mesti dibayar gaji asas sekurang-kurangnya $1,910 sebulan tahun ini, bagi kumpulan pejabat atau bangunan komersial.



"Dulu waktu saya baru jadi pekerja pembersihan, kerja saya adalah untuk sapu sampah, mop, vakum dan bersih-bersihkan kawasan.



"Sekarang, saya dah pergi macam-macam kursus contohnya untuk belajar bagaimana untuk membersihkan lantai marmar, menggunakan jet air tekanan tinggi dan bagaimana untuk membuat kerja penyahjangkitan lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang," ujar Encik Zainudin.



Tambahnya, beliau juga dapat meraih pengalaman yang luas dengan bekerja di bangunan dan lokasi berbeza.



"Saya rasa puas dengan kerja saya sekarang. Bagi saya, yang penting, kita kena rajin belajar dan bersikap terbuka.



"Contohnya, apabila saya diberi tanggungjawab membuat kerja penyahjangkitan dalam keadaan pandemik sekarang, saya anggap ini sumbangan saya kepada usaha melawan Covid-19," katanya.



Menurut Encik Zainudin, beliau juga rasa gembira dan mendapat kepuasan apabila orang di kelilingnya mengucapkan terima kasih kepadanya bagi tugas yang dijalankan beliau.



"Memanglah ini kerja saya dan kalau matahari terik pun, saya terpaksa menghadapnya.



"Tapi kalau orang ucapkan 'terima kasih', ini buat saya rasa sedap sikit," ujarnya.



Baru-baru ini, syarikatnya juga mengiktiraf sumbangannya, dengan pihak pengurusan kanan merakam penghargaan usaha cemerlangnya di beberapa tapak projek, di mana klien turut mengiktiraf sumbangannya menerusi e-mel dan testimonial, dalam sebuah majlis kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >