Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Dalami industri pembersihan untuk bantu pekerja

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

BAKAT PENDUKUNG SEKITARAN

Dalami industri pembersihan untuk bantu pekerja

Jan 26, 2021 | 05:30 AM

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengagihkan enam biasiswa kepada kumpulan pertama di bawah biasiswa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)-industri, bagi perusahaan perkhidmatan persekitaran (ES). Diperkenalkan Februari tahun lalu, ia bertujuan memilih golongan bakat muda yang cemerlang dan berhasrat mempunyai kerjaya dalam sektor kejuruteraan, persekitaran terbina dan sains di politeknik atau ITE setempat. Baru-baru ini BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa individu tersebut. Ikuti laporan ini.


HASRATNYA membantu memudahkan tugasan pekerja pembersih, terutama di pusat penjaja dan kedai kopi, membuatkan Muhammad Anaqi Harjuna mahu mendalami industri pembersihan.

Ini kerana kebanyakan pekerja itu terdiri daripada warga tua dan pekerja asing.

Walaupun terdapat banyak kemudahan teknologi yang membantu mempermudahkan banyak pekerjaan, termasuk dalam industri pembersihan, bagi pemuda berusia 17 tahun itu, ia tidak bermakna orang ramai tidak perlu memberi bantuan kepada pekerja tersebut.

"Saya percaya dengan menolong mereka, walau dengan cara yang kecil, dapat membuat mereka berasa dihargai," jelasnya.

"Saya juga cuba mengingatkan ahli keluarga dan juga rakan-rakan saya mengenai hal ini setiap kali kami makan di luar."

Kepekaannya terhadap situasi yang dihadapi pekerja pembersihan ini mendorongnya menimba pengalaman dalam industri pembersihan.

Anaqi salah seorang penerima Biasiswa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)-Industri kelmarin.

"Sejujurnya saya tidak menyangka menerima biasiswa ini, jadi saya sangat gembira dan bersyukur. Ibu bapa saya juga turut menumpang gembira," kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

"Apa yang membuat saya tertarik membuat permohonan untuk biasiswa ini adalah kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru dan berbeza.

"Saya juga berharap dengan mempelajari kemahiran yang diperlukan, saya dapat menyumbang dengan cara yang positif kepada industri pembersihan di Singapura."

Setelah tamat pengajiannya, Anaqi akan menyertai syarikat LS 2 Services Pte Ltd, penaja bersama biasiswa ini, dan akan mempelajari asas industri pembersihan, tren dan juga teknologi yang sedang dibangunkan dalam industri ini.

Pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Tengah ini juga berharap dengan pembangunan teknologi dalam bidang pembersihan, ia akan merubah tanggapan dan, pada masa yang sama, menarik lebih ramai golongan muda menyertainya.

"Saya tahu tidak ramai orang muda berminat memasuki bidang pembersihan ini, namun pandangan masyarakat tidak harus menjadi penghambat jika mereka mempunyai minat mendalaminya," ujar Anaqi.


"Saya tahu tidak ramai orang muda berminat memasuki bidang pembersihan ini, namun pandangan masyarakat tidak harus menjadi penghambat jika mereka mempunyai minat mendalaminya.
"Saya juga berharap dengan mempelajari kemahiran yang diperlukan, saya dapat menyumbang dengan cara yang positif kepada industri pembersihan di Singapura."

- Muhammad Anaqi Harjuna, Pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Tengah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3