Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Dalami kecekapan dalam IT dan komunikasi untuk mengajar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Dalami kecekapan dalam IT dan komunikasi untuk mengajar

Dec 16, 2020 | 05:30 AM

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, ketika Cik Siti Rohani Hanim Selamat mengajar di Sekolah Menengah Chestnut Drive, beliau berjinak-jinak mendalami pengetahuan dan memperoleh kecekapan dalam ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi.

Ilmu itu telah beliau gunakan dalam pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar, dalam usaha menjadikan pembelajaran mata pelajaran itu lebih menarik dan menyeronokkan.

Guru yang kini mengajar di Sekolah Menengah Fuhua itu antara lain telah menghasilkan pembelajaran teradun Escape Room menggunakan aplikasi web Deck. Toys.

Selain menggunakan ICT, Cikgu Siti Rohani, 35 tahun, juga meminati strategi pengajaran yang berteraskan pembelajaran berdasarkan pengalaman.

"Saya cuba mengadakan latihan amali yang pelajar boleh cuba sendiri ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Misalnya, pelajar diminta menggunakan ilmu tentang kata arah untuk menghasilkan peta dan arahan untuk menyembunyikan harta karun di ruang sekolah," katanya, yang merupakan guru pemacu ICT di sekolahnya.

Cik Siti Rohani antara empat calon penerima Anugerah Arif Budiman (Agab) bagi kategori Perangsang, iaitu bagi guru bahasa Melayu yang telah berkhidmat kurang 10 tahun.

Dalam merancang pengajaran budaya dan bahasa Melayu untuk pelajarnya, Cik Siti Rohani berkata beliau cuba mencari strategi yang baru atau menarik selain memastikan kandungan pengajaran itu relevan dan autentik buat pelajar.

Ini beliau lakukan dengan memasukkan banyak elemen pembelajaran berdasarkan pengalaman dan elemen permainan ketika mengajar.

"Dalam keseronokan merancang aktiviti itu, pelajar secara tidak langsung akan mendalami dan mengamati aspek bahasa dan budaya Melayu.

"Misalnya, saya pernah mendapatkan pelajar untuk memodenkan pakaian tradisional Melayu. Semasa melukis, pelajar diminta mempamerkan penggunaan pending, dokoh dan kain samping dalam rekaan baru mereka itu," katanya.

Di dalam kelas, Cik Siti Rohani juga menggalak pelajarnya agaruk tidak segan bertanya tentang terjemahan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Ini memandangkan ramai pelajarnya cenderung berbahasa Inggeris di rumah dan sekolah, dan sebahagian besar mereka lebih cenderung befikir dan menyampaikan jawapan dan pandangan mereka dalam bahasa Inggeris.

"Akibatnya, ada yang akan berasa janggal untuk berbual dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau terdapat kesilapan bahasa dan struktur ayat dalam penulisan mereka. Walaupun terdapat ayat atau ungkapan mereka yang tidak salah dari segi pemaknaannya, ciri-ciri kemelayuan dalam gaya bahasa atau adab berbahasa itu kadang kala hilang atau kurang terserlah.

"Malu berkayuh perahu hanyut; saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada pelajar-pelajar saya. Saya ingin mereka tertarik untuk mendalami pengetahuan bahasa Melayu dalam suasana yang selamat dan seronok," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3