Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENANGANKU 2020 HARAPANKU 2021

Dambakan cerita yang 'memanusiakan' kita...

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



BUAT kali pertama dalam kerjaya saya sebagai seorang wartawan saya menemuramah seorang banduan tanpa melihat wajahnya.



Sebelum ini selalunya proses yang begitu terperinci mesti saya lalui terlebih dahulu sebelum hari temuramah tersebut - daripada memberi nama penuh, nombor kad pengenalan, jenis, nombor dan model alat rakaman (kamera atau perakam suara serta jumlah bateri yang akan dibawa) dan macam-macam lagi.



Ini belum termasuk proses pemeriksaan keselamatan setibanya di kompleks penjara yang begitu teliti dan ketat.



Namun, 2020 terjadi dan Covid-19 mencengkam kuat kehidupan seharian kita semua.



Selama beberapa bulan Penjara Changi tidak menerima pelawat luar demi melindungi para pesalah daripada koronavirus itu.



Terpaksalah temuramah secara bersemuka ditukar kepada temuramah melalui e-mel.



Sebagai wartawan, bertemu dan mendengar perkongsian orang lain merupakan 'adat' tugas kami.



Tentunya, ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara - secara bersemuka, melalui telefon, e-mel dan lain-lain.



Namun, pastinya tidak ada yang mengalahkan ketulenan dan hubungan kemanusiaan apabila dua insan dapat duduk dan berbual secara nyata.



Misalnya, jika saya ingin menulis tentang berita kematian atau tragedi, bahkan kisah gembira yang mungkin boleh menimbulkan emosi, lebih baik saya 'turun padang' dan melakukan temuramah secara bersemuka dan bukan melalui telefon atau Zoom.



Ini kerana perkara seperti gerak-geri, senyum tawa dan titisan air mata individu itu, meskipun bukan perincian paling penting dalam laporan akhbar, dapat membezakan antara laporan yang hebat dan yang biasa-biasa sahaja.



Sering, perkara sedemikian hilang tanpa adanya pandangan mata dan interaksi fizikal antara yang menemuramah dan yang ditemuramah.



Sebagai seorang yang tugasnya menyampaikan suatu kisah melalui penulisan, apabila saya mendengar perkongsian cerita yang menyentuh hati, saya mahu sampaikan perasaan tersebut juga kepada pembaca agar mereka turut dapat tersentuh oleh kisah itu.



Membaca jawapan daripada banduan yang saya maksudkan pada awal wacana ini, hati saya tersentuh, mungkin kerana beliau juga seorang wanita atau mungkin bahasa dan gaya jawapannya begitu bersahaja seolah-olah beliau sedang bercerita dengan saya sebagai seorang kawan.



Sehingga hari ini, saya tidak pernah melihat wajahnya, bahkan saya pun tidak tahu nama sebenarnya!



Namun, saya masih ingat ceritanya walau berbulan sudah berlalu.



Timbul kesedaran dalam diri ini - kisah yang baik itu dapat disampaikan dalam apa jua bentuk, tidak kiralah sama ada lisan atau penulisan.



Ketika itu saya bertekad mahu memastikan apabila saya sampaikan kisah beliau kepada pembaca, ia dapat menyentuh hati mereka sebagaimana ia telah menyentuh hati saya.



Sehari sebelum kisah itu diterbitkan di akhbar, penyunting yang telah menyunting tulisan saya menghantarkan e-mel:



"Sedih baca story awak. Ditulis dengan baik dengan tukilan yang menyentuh hati dan boleh buat orang (tua seperti saya) nangis."



Hati saya tersenyum; saya sedar kehebatan cerita atau the power of stories dan bagaimana ia dapat menghubungkan kita bersama sebagai manusia.



Bukankah itu yang kita perlukan, lebih-lebih lagi sekarang dalam pandemik global ini?



MELANGKAH KE 2021



Pada dasarnya wartawan merupakan pengirim maklumat.



Tugas kami untuk menyampaikan maklumat dan berita serta menjelaskannya dengan semudah mungkin kepada khalayak ramai.



Pada masa yang sama, kadangkala kami juga merupakan sang pencerita yang berkongsi pahit manis, jerit payah dan pasang surut kehidupan.



Tanpa disedari, mungkin suatu kisah yang dikongsi, walau tidak penting bagi sesetengah orang, sangat membantu bagi segolongan yang lain.



Pengalaman individu yang dikongsi dalam bentuk kisah yang ditulis mempunyai kesan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan, lagi-lagi jika ianya ditulis dengan baik.



Kemahiran inilah yang mahu saya perhalusi dalam Tahun Baru 2021.



Menurut penulis buku Unleash The Power of Storytelling, Rob Biesenbach, terdapat enam kunci utama untuk menjadikan sebuah cerita itu luar biasa.



Cerita yang hebat itu mencetuskan tindak balas emosi, meletakkan wajah pada sesuatu isu, menghubungkan kita dengan isu yang lebih mendalam, 'memanusiakan' kita, meningkatkan taraf perbincangan sesuatu dan membolehkan pembaca bukan sahaja membaca tetapi juga 'melihat' menerusi ayat-ayat yang dibaca.



Semoga kisah-kisah yang diterbitkan akhbar ini pada 2021 dan tahun-tahun akan datang membolehkan pembaca 'melihat' dan memahami isu, perkembangan dan sekitaran global dengan lensa yang menyeluruh.




Pada masa yang sama, kadangkala kami juga merupakan sang pencerita yang berkongsi pahit manis, jerit payah dan pasang surut kehidupan. Cerita yang hebat itu mencetuskan tindak balas emosi, meletakkan wajah pada sesuatu isu, menghubungkan kita dengan isu yang lebih mendalam, 'memanusiakan' kita, meningkatkan taraf perbincangan sesuatu dan membolehkan pembaca bukan sahaja membaca tetapi juga 'melihat' menerusi ayat-ayat yang dibaca. "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >