Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Damping warga emas agar tidak kesunyian

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



MEREKA mengenali satu sama lain kurang setahun lalu.



Namun, persahabatan antara Encik Koh Kee Seng, 69 tahun, dan Encik Jahiti Sarip, 77 tahun, sungguh mesra, seperti rakan baik lama.



Encik Koh merupakan seorang relawan pendamping Program Pendamping Masyarakat (CBP) bersama Fei Yue Community Services sejak tahun lalu.



Menerusi program itu, beliau berusaha menjadi rakan kepada warga emas yang hidup terasing dari segi sosial dan mengunjungi mereka di rumah.



Encik Koh menemui Encik Jahiti di rumahnya di Choa Chu Kang sekurang-kurangnya dua kali sebulan.



"Saya orangnya suka bantu orang terutamanya warga emas. Satu hari, kita juga akan meniti usia senja, jadi kita perlu bantu mereka," kata bekas polis yang bersara pada 1993 itu.



Apabila Encik Koh dan Encik Jahiti bertemu, dua rakan itu pasti rancak berbual tentang pelbagai topik - daripada zaman kehidupan mereka di kampung dahulu hingga rancangan yang ditonton di televisyen bersama.



CBP ditadbir oleh penyedia khidmat seperti Thye Hua Kuan Moral Charities.



Menerusi program itu, relawan masyarakat mengunjungi warga emas di rumah mereka dengan kerap supaya mereka tidak berasa sunyi.



Ramai relawan masyarakat itu juga merupakan warga emas, sekali gus membolehkan warga emas yang didampingi mereka berasa lebih selesa menjadi rakan.



Encik Jahiti, seorang bekas guru yang memiliki ijazah sarjana dalam latihan dan pembangunan, mendapat tahu beliau mengalami osteoartritis dan kencing manis apabila beliau bersara pada 2002.



Beliau yang menetap bersama anaknya, tinggal berseorangan di rumah apabila anaknya itu bertugas pada siang hari.



Menurut Encik Jahiti, pegawai kebajikan sosial di hospital yang beliau kunjungi bagi rawatannya mengaturkan bagi Encik Koh melawatnya di rumahnya.



Semasa pertama kali menemui Encik Jahiti, Encik Koh berkata beliau rasa agak gementar.



Encik Jahiti seorang yang berpendidikan tinggi dan memiliki ijazah sarjana manakala Encik Koh pula berkelulusan menengah empat. Ini membuat Encik Koh bimbang mereka tidak dapat mencari topik yang mereka rasa sesuai dan selesa berbual bersama.



Namun begitu, rasa gementar itu lenyap setelah beliau mengenali Encik Jahiti dengan lebih rapat.



"Kita seperti rakan lama. Kita akan berbual tentang kehidupan muda seperti zaman tinggal di kampung, apa yang kita lakukan semasa kita kecil, menonton televisyen bersama dan sebagainya. Jika saya perlukan beberapa barang, dia akan tolong saya beli," kata Encik Jahiti.



Datuk empat cucu itu berkata perkhidmatan sedemikian yang disediakan bagi warga emas seperti dirinya adalah amat baik.



"Program ini banyak membantu saya. Sekurang-kurangnya saya tidak bersendirian di rumah," kata beliau.




PROGRAM PENDAMPING MASYARAKAT (CBP)



- Menerusi program ini, pendamping relawan akan mengunjungi warga emas dengan kerap supaya mereka tidak berasa sunyi dan terasing.



- Keperluan warga emas juga boleh difahami dan disokong dengan lebih baik.



- Terdapat 14 pertubuhan masyarakat yang mengendalikan CBP termasuk Fei Yue Community Services



- Mereka yang ingin berdaftar sebagai pendamping boleh melungsuri laman bit.ly/befriendasenior atau hubungi Singapore Silver Line di 1800-650-6060*



* Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 8.30 malam atau Sabtu: 8.30 pagi hingga 4 petang kecuali hari cuti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >