SEBUAH dana $1 juta telah dilancarkan semalam untuk menyediakan geran kepada pertubuhan tidak mengambil untung (NPO) yang menawarkan sokongan kesihatan mental kepada orang muda.
Dana yang diberi nama Musim Mas BlueStar* itu dilancarkan oleh pertubuhan dermawan setempat The Majurity Trust (TMT) dan syarikat minyak kelapa sawit berpangkalan di Singapura Musim Mas Holdings di Sidang Puncak Pemimpin Belia Global ke-12.