Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana $1.2j teroka rawatan bagi pesakit osteoartritis

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



USAHA menghasilkan rawatan baru untuk pesakit yang menghidap osteoartritis telah dirangsang oleh sumbangan $1.2 juta daripada firma bioteknologi tempatan StemiGen Therapeutics kepada Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine).



Penyakit gangguan sendi itu menjejas ramai warga emas dan Singapura mempunyai penduduk yang semakin tua.



Sumbangan itu dipadankan oleh pemerintah, menjadikan dana itu sebanyak $2.4 juta lapor The Straits Times.



Bercakap pada majlis menandatangani Dana Penyelidikan Perubatan Regeneratif StemiGen-LKCMedicine semalam (20 April), Profesor Benjamin Seet berkata dana itu akan menyokong penyelidikan dalam teknologi sel stem dan perubatan regeneratif yang memberi tumpuan kepada membangunkan kaedah terapi untuk pesakit yang menghidap osteoartritis lutut.



"Walaupun (osteoartritis) merupakan penyakit berleluasa yang menjejas sehingga 80 peratus orang berumur 65 tahun dan lebih tua, serta punca utama kecacatan fizikal dalam kalangan warga tua, pada masa ini tiada rawatan berkesan untuk menghentikan perkembangan osteoartritis, " tambah Profesor Seet, yang merupakan timbalan ketua eksekutif pendidikan dan penyelidikan di National Healthcare Group.



Beliau berkata kaedah semasa untuk merawat penyakit itu terdiri daripada melegakan kesakitan, suntikan steroid untuk mengurangkan keradangan dan pembedahan lutut.



"Dengan penduduk Singapura yang semakin tua, osteoartritis juga telah menjadi punca utama morbiditi dan ketidakupayaan di sini," kata Profesor Seet.



Sebagai contoh, pesakit osteoartritis membentuk kira-kira 90 peratus daripada 1,800 operasi penggantian lutut yang dilakukan setiap tahun di Hospital Besar Singapura.



Ketua Eksekutif StemiGen James Hsieh berkata dana itu juga akan membantu menyokong latihan saintis dan pengamal perubatan regeneratif yang berkelayakan.



Beliau menambah: "Terapi sel stem mempunyai potensi yang sangat besar untuk mengubah penjagaan kesihatan di Singapura.



"Sejak dua dekad yang lalu, penduduk yang semakin tua telah membawa cabaran, termasuk keadaan kronik dan penyakit lain yang tidak dapat disembuhkan oleh rawatan semasa.



"(Penciptaan) Dana Penyelidikan Perubatan Regeneratif StemiGen-LKCMedicine akan menjadi langkah pertama untuk membangunkan pengetahuan dan teknologi bagi mengeluarkan dan mentadbir terapi sel stem dengan selamat, berkesan dan dimampui."



Profesor Seet mengenal pasti dua projek yang akan menjadi penerima dana.



Satu projek bertujuan untuk membangunkan cantuman tulang cetakan 3D yang dimuatkan dengan sel stem manakala satu lagi sedang berusaha membangunkan ubat yang boleh membantu pesakit osteoartritis menjana semula rawan di sekeliling sendi.



Dekan LKCMedicine, Profesor Joseph Sung, berkata Universiti Teknologi Nanyang (NTU) - yang mana LKCMedicine adalah sebahagian daripadanya - akan dapat menyatukan gabungan pelbagai saintis yang diperlukan untuk penyelidikan antara disiplin dalam bidang seperti perubatan regeneratif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >