Dana $30j ditubuh percepat laksana huraian 5G, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Dana $30j ditubuh percepat laksana huraian 5G

Jan 21, 2021 | 05:30 AM

SATU dana bernilai $30 juta telah ditubuhkan bagi mempercepatkan pelaksanaan dan pengkomersilan huraian 5G.

Dana itu yang merupakan sebahagian daripada Program Inovasi 5G Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), akan menyokong usaha oleh perniagaan untuk melaksanakan huraian 5G bagi menangani cabaran sektor atau keperluan di peringkat perniagaan.

Ini diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran menyusuli lawatannya ke Terminal Pasir Panjang kendalian PSA Corporation bagi menyaksikan ujian 5G dalam operasi pelabuhan seperti kenderaan berpandu automasi (AGV).

Encik Iswaran menggesa rakan berpotensi agar tampil untuk memanfaatkan dana tersebut serta bekerjasama dengan agensi itu bagi menjana manfaat yang nyata daripada penggunaan teknologi 5G.

"Pada akhirnya teknologi ini harus menjana manfaat yang nyata untuk industri, syarikat dan memberi peluang kepada warga kita.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Dan saya fikir ini satu teknologi yang sangat menarik, dengan kemungkinan yang tiada batasan, berdasarkan apa yang kita boleh lihat sejauh ini.

"Justeru adalah penting kemungkinan itu menjadi realiti menerusi kerjasama di antara sektor awam dan industri," ujar beliau kepada media.

Dana itu juga akan membantu penyedia huraian dan penghasil teknologi untuk mengkomersilkan huraian 5G bagi memastikan manfaat 5G lebih mudah diakses oleh syarikat, termasuk perniagaan kecil dan sederhana (SME), menurut kenyataan IMDA semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Ketua Eksekutif IMDA, Lew Chuen Hong berkata agensi itu sedang memupuk sistem eko 5G yang menjangkaui prasarana dan meliputi kerjasama industri bagi membangunkan bakat 5G di samping huraian dan perkhidmatan dalam mendorong pelaksanaan 5G.

"Dana ini diharapkan dapat mendorong pengkomersilan dan pelaksanaan dalam beberapa bidang teknologi utama yang membentuk tunggak ekonomi masa depan seperti autonomi robotik, realiti buatan dan 'Internet of Things' kerana menerusi semua ini, dengan bantuan 5G dan kecerdasan buatan, ia membolehkan kita mengubah model perniagaan bagi banyak syarikat dan menyediakan kita untuk ekonomi digital yang rancak," ujar beliau.

Sementara itu, Encik Iswaran berkata lawatannya ke PSA semalam merupakan contoh jelas tentang bagaimana 5G akan menjana bukan sahaja keuntungan dari segi produktiviti tetapi juga kecekapan dan pelbagai aplikasi baru.

Menurut beliau, dengan penggunaan 5G dalam AGV, ia "akan membantu menekankan lagi kedudukan PSA sebagai pengendali hab rentas kiriman global utama di merata dunia".

Hasil ujian 5G bagi AGV dan Kren Gantri Bertayar Getah Berautomasi (aRTG) sejauh ini telah menunjukkan prestasi lebih baik ekoran faktor seperti kelajuan lebih pantas 5G dan tahap kebolehpercayaan lebih tinggi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map