DANA bernilai $8.8 juta telah diperuntuk Penguasa Pelabuhan Kelautan (MPA) bersama Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan syarikat rakan kongsi untuk melanjutkan pembiayaan program bagi mempertingkat kemahiran pelaut, Sijil Kemahiran (CoC) Class 5 (Special Limit) hingga 2021.
Pembiayaan bagi program CoC Class 4 (Special Limit) Ketua Jurutera juga akan diteruskan hingga 2020.
Program-program tersebut melatih warga Singapura untuk menjadi pegawai navigasi dan kejuruteraan yang berkhidmat di atas kapal yang beroperasi di rantau ini.
Langkah untuk melanjutkan pembiayaan kededua program tersebut diumumkan hari ini semasa majlis tamat pengajian program itu yang keenam.
Sejauh ini, seramai 250 Ketua Pelaut (Chief Mates) dan Jurutera Marin telah menerima pensijilan dari program-program tersebut.
Salah seorang lulusan program CoC Class 4, Encik Muhammad Syafiq Abdul Rauf, berkata:
“Memang impian saya untuk menjadi kapen kapal, dan program ini telah memberi saya peluang untuk berusaha ke arah itu.
“Saya ingin mendorong semua lulusan Class 5 untuk menyertai program ini pada masa hadapan untuk meningkatkan kemahiran dan maju dalam kerjaya mereka.”