Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana bantu warga celik digital kini capai $7.6j

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



DANA yang bertujuan membantu usaha akar umbi melengkapkan warga Singapura dengan kemahiran digital dan merapatkan jurang digital kini mencecah $7.6 juta, selepas ia menerima sumbangan derma dari pertubuhan berbeza yang turut dipadankan pemerintah.



Pergerakan Digital for Life (DFL) menerima sumbangan derma sebanyak $1.3 juta dari Standard Chartered Bank dan Keppel Corporation.



Ini menambah kepada sumbangan $2.5 juta yang dikumpul semasa kempen Cabaran Presiden sebelum ini.



Dengan pemadanan dana dari pemerintah, jumlah dana keseluruhan meningkat kepada $7.6 juta.



Mengumumkan demikian dalam satu acara di Suntec Singapore semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran menambah pemerintah akan membuka ruang untuk sebarang saranan untuk membantu projek dan aktiviti yang dipimpin masyarakat pada suku kedua tahun ini demi mempromosikan inklusiviti digital.



Katanya:



"Memandang ke hadapan, kita sedar untuk membina masa depan digital yang inklusif memerlukan usaha yang turut sama inklusif. Teknologi digital pesat berubah dan cabaran baru akan timbul walaupun jurang sedia ada sudah dirapatkan.



"Untuk memberi respons yang berkesan, kita perlu memanfaatkan minat, rangkaian dan kemahiran yang berbeza dalam masyarakat."



Tambah Encik Iswaran, pemerintah akan terus berusaha secara aktif untuk mengumpulkan individu yang mempunyai idea, kepakaran dan pengalaman yang berbeza sebagai sumber merapatkan jurang digital itu.



Pergerakan dan dana tersebut dilancar bulan lalu oleh Presiden Halimah Yacob, yang merupakan penaung gerakan itu, dengan dana awal sebanyak $2.5 juta dikumpulkan semasa Cabaran Presiden.



Dana itu yang ditubuhkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), disasarkan untuk mencecah $10 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Digital For Life dimulakan untuk mengukuhkan daya tahan digital Singapura dan membantu orang ramai mengenal pasti atau mengurangkan risiko digital, walaupun dengan proses pendigitalan yang dipercepat dek situasi Covid-19.



Sejak dilancar, tiga pertubuhan - TriGenerational Homecare (TriGen), Engineering Good dan Google - telah menyuarakan sokongan mereka dan akan memperluaskan usaha mereka untuk melengkapkan kanak-kanak, belia dan warga emas dengan kemahiran dan pengetahuan digital.



Ketua Eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong berkata pemerintah telah menerima sokongan yang menggalakkan daripada individu dan pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama.



Badan tidak meraih keuntungan, Engineering Good akan bekerjasama dengan 3Pumpkins dan Project D.I.P untuk mengajar pelajar kemahiran komputer asas dan mengajar belia cara memperbaiki komputer riba supaya mereka boleh menyumbang sebagai duta IT dalam masyarakat masing-masing.



Tahun lalu, syarikat teknologi gergasi, Google, bekerjasama dengan Majlis Celik Media (MLC) untuk menggalakkan murid sekolah rendah menggunakan Internet dengan selamat, melalui permainan percuma yang dipanggil Interland.



Kini, Google dalam perbincangan dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) supaya sukarelawan pelajar mereka dapat menyebarkan Interland kepada kanak-kanak dan belia kurang berkemampuan.




"Teknologi digital pesat berubah dan cabaran baru akan timbul walaupun jurang sedia ada sudah dirapatkan. Untuk memberi respons yang berkesan, kita perlu memanfaatkan minat, rangkaian dan kemahiran yang berbeza dalam masyarakat."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >