Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana baru bagi sokong individu, pertubuhan hasilkan inisiatif ekosistem keselamatan siber SG

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Keselamatan Siber Singapura (CSA) bakal memperkenalkan sebuah dana sekitar bulan ini bagi membantu membangunkan bakat siber tempatan.



Dana Pembangunan Bakat Siber SG itu akan menyokong masyarakat serta pertubuhan dalam menghasilkan inisiatif yang akan membantu ekosistem keselamatan siber Singapura untuk terus berkembang.



Ia diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam satu ucapan di Majlis Anugerah Keselamatan Siber di Marina Bay Sands semalam.



Menurut Cik Teo, ia sebahagian daripada usaha pemerintah dalam mencegah ancaman siber di sini dengan kerjasama pihak berkepentingan menerusi Strategi Keselamatan Siber Singapura yang dikemas kini tahun lalu



"Peralihan dan perubahan berterusan dalam landskap siber bermakna kita perlu menyesuaikan dan menyatukan usaha kita.



"Itulah sebabnya kami melancarkan Strategi Keselamatan Siber Singapura yang dikemas kini pada 2021.



"Strategi ini bukan sekadar rangka tindakan pemerintah, tetapi seruan agar semua pihak berkepentingan dalam ekosistem keselamatan siber kita, termasuk persatuan dan syarikat, turut bersama dalam usaha ini," kata Cik Teo, sambil menggalak perkongsian idea bagi mengembangkan serta membangunkan bakat dan kemahiran dalam bidang keselamatan siber.



Dana itu akan menyokong tiga bidang utama, iaitu projek masyarakat, pembangunan kemahiran dan pengiktirafan serta latihan dan penempatan kerja, yang hanya dibuka kepada pertubuhan.



Mereka yang layak boleh menerima sokongan pembiayaan hingga 80 peratus daripada kos yang boleh disokong.



Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman SG Cyber Talent Development Fund (csa.gov.sg).



Dalam ucapannya lagi, Cik Teo menegaskan bahawa Singapura perlu bersedia untuk bertindak sekiranya serangan siber berlaku kerana menurut beliau persoalan yang perlu difikirkan bukan "jika" ia berlaku, sebaliknya "bila" ia akan berlaku.



Justeru, beliau menambah bahawa Singapura mesti terus memupuk tenaga kerja keselamatan siber yang besar dan berkemahiran.



"Kita mesti terus membangunkan keupayaan lebih maju. Kita mesti terus mempraktikkan dan mengkaji semula proses kita yang berkaitan, dengan tindak balas dan pemulihan krisis.



"Ini supaya apabila serangan siber berlaku, seluruh ekosistem boleh bertindak balas, seperti mesin yang mempunyai minyak yang baik. Dan boleh bangkit semula dengan cepat," ujarnya.



Di Majlis Anugerah Keselamatan Siber keempat anjuran Persatuan Karyawan Keselamatan Maklumat (AiSP) itu, Cik Teo menyampaikan tujuh anugerah kepada individu dan syarikat yang telah menyumbang kepada ekosistem keselamatan siber di sini sepanjang tahun lalu.



Antara kategori anugerah itu ialah 'Hall of Fame', kategori pemimpin, karyawan dan pelajar, serta kategori vendor syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >