Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana bimbingan $1,200 setiap satu bagi 100 murid lemah matematik

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



DANA BIMBINGAN sebanyak $1,200 setiap seorang akan diberikan kepada 100 murid darjah 1 hingga 3 dengan Peringkat Pencapaian (AL) 8 bagi matematik.



Ia merupakan sebahagian Dana Bimbingan Matematik baru yang ditubuhkan.



Dana tersebut sebahagian perjanjian antara Yayasan Mendaki dengan Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, yang akan mendermakan $1 juta antara 2022 dengan 2025 untuk menyokong lebih 700 pelajar Melayu/Islam.



Sumbangan $1 juta itu merangkumi biasiswa, dermasiswa dan dana bimbingan baru di bawah perjanjian yang dimeterai semalam oleh Encik Ismail dan Mendaki.



Sementara Dermasiswa ETF-Gafoor PropNex tidak mengehadkan bidang pengajian penerimanya, Dana Bimbingan Matematik memberi fokus kepada subjek tersebut dengan mengadakan bimbangan 1-1 bagi murid-murid Darjah 1 hingga 3 yang kurang mahir dalam mata pelajaran itu.



Bagi Biasiswa Mendaki-Gafoor PropNex pula, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mengikuti program ijazah sarjana muda berkaitan hartanah, perancangan bandar, tenaga mampan dan/atau kejuruteraan bangunan di universiti berautonomi di sini.



Ditanya mengapa beliau memilih memberi fokus kepada mata pelajaran tersebut, Encik Ismail berkata:



"Saya rasa masyarakat lain mempunyai sistem sokongan yang baik dan mereka mempunyai kebolehan menghantar anak-anak mereka yang di darjah dua, tiga ke kelas-kelas bimbingan matematik, dan saya rasa sepertinya terdapat segelintir orang dalam masyarakat kita mungkin tertinggal mendapatkan peluang sedemikian.



"Saya mahu anak-anak kita mempunyai asas yang kukuh kerana saya percaya matematik sebenarnya menarik jika anda suka padanya.



"Saya risau jika pada usia muda anak-anak kita tidak suka matematik, mereka akan mengelaknya dan mereka akan tertinggal peluang-peluang yang ada dari segi kursus-kursus yang boleh mereka ambil pada masa depan."



Menceritakan pengalaman peribadi beliau, Encik Ismail berkata beliau adik-beradik telah membesar di kedai runcit bapa mereka, Encik Abdul Gafoore, yang sering menekankan kepentingan ilmu kira-kira.



Ilmu tersebut ternyata amat berguna baginya sehingga hari ini sebagai seorang usahawan selain membantunya membuat keputusan kewangan yang baik, kata Encik Ismail.



"Dalam kehidupan hari ini, semuanya adalah tentang bagaimana kita menguruskan kewangan kita bukan sahaja untuk mengembangkan kekayaan kita, tetapi juga untuk mencipta satu warisan kecil supaya kita boleh bebas dari segi kewangan dan berdikari.



"Itulah sebabnya saya merasakan ia adalah subjek yang penting," ujar beliau.



Mengharapkan Dana Bimbingan Matematik itu dapat membuahkan hasil yang positif, beliau berkata lebih banyak mungkin disumbangkan kelak, berdasarkan keputusan dana tersebut dalam beberapa tahun ini.



"Saya agak pasti, malah sangat yakin, (sumbangan) ini bukanlah setakat sekali dan sampai di sini sahaja.



"Lebih-lebih lagi berkaitan dana matematik itu, jika terdapat keputusan yang baik dari segi kemajuan (pelajar), kami lebih terbuka menyumbang lebih banyak terhadap inisiatif tersebut," ulas Encik Ismail.



Dana Bimbingan Matematik itu terbuka kepada semua warga Singapura atau penduduk tetap berbangsa Melayu atau beragama Islam yang berada dalam darjah satu hingga tiga.



Mereka harus mempunyai AL 8 bagi mata pelajaran matematik dan mempunyai pendapatan per kapita kasar tidak melebihi $650.



Butiran lanjut permohonan boleh didapati di laman web Mendaki dalam masa terdekat.




"Kita akan menubuhkan Dana Bimbingan Matematik untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada murid darjah 1 hingga 3 dalam matematik. Pelajar yang memerlukan bimbingan khusus dalam asas matematik akan menjalani sekurang-kurangnya tiga bulan latihan 1-1 dalam program bimbingan matematik. Kami harap inisiatif ini dapat menghasilkan lebih banyak kelulusan berkualiti dalam matematik dalam kalangan pelajar kami.''
​- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia).




"Saya agak pasti, malah sangat yakin, (sumbangan) ini bukanlah setakat sekali dan sampai di sini sahaja.

Lebih-lebih lagi berkaitan dana matematik itu, jika terdapat keputusan yang baik dari segi kemajuan (pelajar), kami lebih terbuka menyumbang lebih banyak terhadap inisiatif tersebut.''

- Encik Ismail Gafoor, Ketua Pegawai Eksekutif PropNex.




BUTIRAN BIASISWA, DERMASISWA & DANA



Biasiswa Mendaki-Gafoor PropNex

- $5,000 setiap seorang bagi lima mahasiswa dalam universiti berautonomi setiap tahun akademik.



Dermasiswa ETF-Gafoor PropNex

- $1,000 setiap seorang bagi 60 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setiap tahun akademik.

- $1,500 setiap seorang bagi 30 pelajar politeknik setiap tahun akademik.



Dana Bimbingan Matematik

- $1,200 setiap murid bagi 100 murid Darjah 1 hingga 3 yang mendapat AL 8 bagi mata pelajaran matematik setiap tahun akademik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >