Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana dedah pelajar pada persembahan budaya Melayu diperluas

Oct 09, 2019 | 05:45 PM



DEMI menggalak lebih ramai pelajar untuk menikmati persembahan budaya Melayu, Dana Program Pendedahan pada Persembahan Budaya (CPEF) akan diperluas untuk merangkumi institut pengajian tinggi yang menawarkan program Melayu.



Sebelum ini, CPEF yang dikendalikan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) hanya terbuka kepada sekolah rendah, menengah, dan pra-universiti.



Langkah tersebut diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Pembangunan Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu sesi perbincangan bersama kumpulan seni persembahan Melayu hari ini.



Selain itu, CPEF yang dipertingkat itu juga bermakna MLLPC akan membayar balik kos penuh tiket sebarang persembahan budaya Melayu yang ditonton pelajar.



Sebelum ini, kos tiket hanya akan dibayar penuh jika dibiayai bersama Geran Seni Tote Board. Jika tidak hanya 80 peratus kos dibayar balik.



Jumlah pembiayaan CPEF bagi setiap sekolah juga dinaikkan kepada $3,500 setahun, berbanding $2,500 sebelum ini.



CPEF yang dipertingkat itu akan berkuatkuasa tahun depan.



CPEF dilancarkan pada 2017 dan bertujuan untuk menghidupkan lagi pembelajaran bahasa Melayu melalui pendedahan kepada persembahan budaya Melayu.



Sejauh ini, seramai 5,500 pelajar telah meraih manfaat dari dana tersebut sejak ia dilancarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >