Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana dikumpul Yayasan Rahmatan Lil Alamin akan diguna bina rumah bagi mangsa gempa Turkey

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN daripada dana yang disumbangkan oleh warga Singapura kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) mungkin akan digunakan untuk membina rumah yang baru untuk mangsa dan pusat psikososial yang akan membantu mangsa mengendali trauma yang mereka alami.



Demikian adalah beberapa idea yang dibincangkan semasa pertemuan kedua-dua pihak - delegasi RLAF dengan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turkey, Hayrat Yardim, pada Isnin di ibu pejabat Hayrat Yardim yang terletak di Zeytinburnu, Istanbul.



Akibat gempa bumi yang terjadi pada 6 Februari, lebih daripada 50,000 bangunan runtuh atau rosak teruk akibat gempa bumi ganas yang menggegarkan barat selatan Turkey.



Bangunan-bangunan yang terjejas ini sudah dirobohkan dan runtuhannya sudah dibersihkan.



Delegasi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) - yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dan anggota lembaga RLAF, Encik Mohamad Helmy Mohd Isa - kini berada di Turkey untuk mengawasi pengagihan bantuan kepada mangsa yang terjejas gempa.



Sepanjang lawatan mereka yang diadakan dari 26 hingga 30 Mac, delegasi RLAF ini akan memulakan lawatan mereka di Istanbul sebelum bergerak ke kawasan gempa, Kharamanmaras dan Hatay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >