Dana hartanah privet berlandas syariah dilancar

Modal Basil Property Trust kini cecah lebih $130j, jaya tarik enam pelabur

SATU dana hartanah privet berlandaskan syariah yang melabur dalam ruang pejabat dan taman perniagaan telah dilancarkan oleh syarikat pengurusan pelaburan hartanah milik Melayu - AEP Investment Management Pte Ltd (AEPim).

Dana itu, Basil Property Trust, sudah menarik modal permulaan sebanyak AS$100 juta ($135 juta) daripada enam pelabur utama - empat institusi Brunei termasuk Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Yayasan Sultan Bolkiah; sebuah dana keluarga dari Riyadh; dan AEP Capital.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun