Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Harun Ghani dekati anak penagih dengan bengkel kemahiran

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



MEMPERKASA kehidupan anak penagih dadah menerusi bimbingan dan sokongan dengan harapan mengubah kehidupan.



Itulah antara pendekatan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) bagi membantu segelintir pelajar sekolah rendah yang terjejas kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa yang menghadapi kesalahan dadah.



Dalam usaha membantu mencorak masa depan yang lebih cerah, HGEF mengadakan sesi pendekatan dengan sekitar 20 anak tersebut di Yayasan Mendaki pada 2 Jun lalu.



"Kami menganjurkan sesi ini setelah menerima pertanyaan daripada guru jika kami mampu membantu kanak-kanak ini.



"Sebagai badan yang berusaha membantu masyarakat mengatasi gejala dan kesan penyalahgunaan dadah, kami menitikberatkan ehwal kanak-kanak daripada keluarga terjejas.



"Justeru, menerusi sesi ini, kami ingin memperkasa mereka dengan pengetahuan berguna yang dapat diterapkan dalam kehidupan," kata Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.



Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, sesi tersebut antara lain mendorong kanak-kanak tersebut berusia antara tujuh dengan 12 tahun cara mengatasi cabaran yang perlu dilalui.



Bekas penerima HGEF pun mengetengahkan pengalaman mengharungi zaman kanak-kanak penuh kemelut dengan masalah dadah ibu bapa.



Selain itu, kanak-kanak menghayati pengalaman bekas penagih dadah muda yang pernah meringkuk dalam penjara atas kesalahan dadah.



Selanjutnya, mereka menyertai bengkel khas gubahan bunga kendalian Cik Hamidah Abdul Karim daripada De Bunga.



Menerusi perkongsian sedemikian, HGEF berharap kisah tersebut mampu menjadi pedoman bagi kanak-kanak yang hadir dan menghakis tanggapan negatif terhadap anak penagih dadah.



"Kami ingin mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak ini mampu mengaitkan kehidupan mereka dengan apa yang dikongsikan oleh bekas penerima.



"Kami percaya penting bagi mereka mendapatkan sokongan rakan atau 'peer support' agar mereka tidak mudah terjebak dalam perangkap sama seperti ibu bapa.



"Kami juga ingin menerapkan keyakinan dan nilai baik seperti menjadikan ilmu dan pembelajaran sebagai alat penting mencapai kejayaan pada masa depan," ujar Cik Haslinda.



Beliau kemudian mengagihkan dermasiswa kepada kanak-kanak itu.



HGEF dilancar pada 10 September 2005 bagi memperingati sumbangan mantan Setiausaha Politik (Ehwal Dalam Negeri), Allahyarham Harun Abdul Ghani.



Arwah banyak berbakti menangani masalah dadah, terutama dalam kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam pada awal 1990-an.



Pertubuhan itu dibentuk bagi membantu dan menggalak anak penagih dadah supaya kekal bersekolah dengan menawarkan dermasiswa.



Sejauh ini, HGEF mengagihkan sebanyak $567,230 dalam bentuk dermasiswa kepada lebih 2,000 pelajar sekolah rendah hingga universiti yang juga anak pesalah dadah.




"Kami percaya penting bagi mereka mendapatkan sokongan rakan atau 'peer support' agar mereka tidak mudah terjebak dalam perangkap sama seperti ibu bapa. Kami juga ingin menerapkan keyakinan dan nilai baik seperti menjadikan ilmu dan pembelajaran sebagai alat penting mencapai kejayaan pada masa depan."
- Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >