Dana latihan $72j bagi tingkat kemahiran masa depan sektor binaan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Dana latihan $72j bagi tingkat kemahiran masa depan sektor binaan

Jan 23, 2019 | 05:30 AM

DANA latihan $72 juta telah dibentuk untuk membantu industri binaan beralih daripada kaedah binaan yang intensif buruh kepada lebih banyak proses "bijak".

Dana itu akan digunakan bagi mempertingkat kemahiran dalam sektor binaan, termasuk membiayai program biasiswa dan penajaan yang sedia ada buat pelajar dan orang dewasa, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, semalam.

Dana tersebut, yang diperuntuk dari Jun tahun lalu hingga Mei 2020, dapat memberi manfaat kepada 118,000 pekerja setempat dalam industri binaan dan arkitek serta pengurus kemudahan, lapor The Straits Times.

"Industri binaan sedang berubah dengan pesat dan ia sedang berubah di seluruh dunia, termasuk Singapura," kata Encik Wong sambil menambah bahawa perubahan itu masih lagi perlahan berbanding perubahan yang dilihat dalam sektor seperti pengangkutan dan kewangan.

Beliau berkata pembiayaan usaha dalam teknologi binaan semakin berkembang dan firma tradisional kini mula menjalankan lebih banyak usaha mengubah cara mereka membina, meraih keupayaan baru dalam automasi, pasang siap dan binaan digital serta kaedah rekaan.

Discover Malay Home Based Businesses

"Untuk menjadikan semua ini satu kenyataan, pekerja kita merupakan nadi perjalanan transformasi ini.

"Berapa jauh kita langkah bergantung pada mutu orang yang kita ada," tambah Encik Wong, yang memberi ucapan di majlis biasiswa iBuildSG di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Dana bernilai $72 juta itu akan menyokong program Biasiswa dan Penajaan iBuildSG yang dipertingkat bagi mereka yang mahu mendapatkan kelayakan akademik dalam program sarjana muda, diploma atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sepenuh masa.

Sebanyak 448 biasiswa dan penajaan diberikan kepada penuntut politeknik dan ITE, lulusan universiti dan possiswazah semalam.

Program itu memadankan pelajar dengan firma industri agar mereka akan mempunyai pekerjaan dalam syarikat penaja selepas selesai pengajian.

Firma itu juga menyediakan program latihan di tempat kerja dan kursus peningkatan sambilan.

Sebelum ini, program penajaan itu hanya dibuka kepada lulusan politeknik dan ITE.

Lulusan universiti kini juga layak menyertai program itu.

Encik Wong berkata tidak kira sama ada seseorang itu lulusan sarjana muda atau diploma, tamat pengajian adalah titik permulaan bagi pembelajaran sepanjang hayat dan bukannya akhir perjalanan pendidikan seseorang.

Mereka yang menerima biasiswa dan penajaan kini akan menerima geran latihan $3,000 untuk mempertingkat kemahiran dan kecekapan menerusi kursus.

Mereka juga akan digalak kekal bersama industri dengan insentif $7,000 akan diberi setahun selepas bon mereka berakhir.

Program Penajaan Pakar Binaan sedia ada, yang menyokong latihan kakitangan teknikal, juga akan dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga tahun. Ini membolehkan pelajar menyertai kursus lebih lama, seperti kursus Nitec, Higher Nitec dan kursus pembangunan pasca-ITE sambilan, kata Encik Wong.

Di samping itu, satu Jawatankuasa Tiga Pihak iBuildSG baru yang merangkumi pihak berkepentingan industri daripada kesatuan, institut pengajian tinggi dan persatuan serta dewan perdagangan, akan mencari peluang dalam menarik dan membangunkan bakat bagi industri itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map