Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana pemerintah disalur sokong bilik berita vernakular, bangun kandungan baru

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



DANA pemerintah bagi SPH Media Trust (SMT) akan disalurkan untuk menyokong bilik berita vernakular dan membangun bentuk kandungan baru bagi mendekati generasi muda.



Ini sedang pemerintah akur terhadap peranan media vernakular seperti akhbar Cina, Melayu dan Tamil dalam menyediakan berita di Singapura yang berbilang kaum di Singapura, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



"Meskipun pembacaan vernakular adalah lebih kecil dan justeru lebih mencabar untuk bertahan secara bebas, adalah penting untuk menyediakan produk berita yang boleh dipercayai untuk berkhidmat kepada masyarakat kita yang berbilang kaum," ujar Cik Teo di Parlimen semalam.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) mengenai kerelevanan dan pendekatan media vernakular.



Dalam responsnya, Cik Teo berkata Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, telah mencetuskan idea pada 1980-an bagi akhbar vernakular untuk bergabung dengan akhbar Inggeris.



Ini kerana beliau melihat akhbar vernakular akan menghadapi tekanan sedang bahasa Inggeris menjadi bahasa perniagaan, pemerintah dan pendidikan.



SPH kemudian ditubuhkan pada 1984 untuk mengekalkan media Cina dan Melayu.



"Jika kita membiarkan media vernakular untuk pudar, Singapura akan kerugian. Kita akan kehilangan jiwa kita.



"Walaupun jika mereka menjadi perniagaan yang tidak dapat bertahan - meskipun ini bukan keadaan yang mereka hadapi sekarang - kami percaya adalah demi kebaikan awam kami melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan dan membangun semua pertubuhan vernakular di SMT dan juga Mediacorp," ujar Cik Teo.



Di samping itu, sokongan masyarakat juga penting dalam mencapai matlamat melindungi budaya dan warisan, kata Cik Teo.



Dalam hal ini, SMT akan bekerjasama dengan persatuan suku kaum, kumpulan masyarakat dan sekolah untuk menyediakan akses kepada produk vernakularnya.



Selain itu, Kumpulan Media Cina akan bekerjasama dengan Berita Harian, Tamil Murasu dan media lain di rantau ini untuk mempromosi media bahasa ibunda kepada lebih ramai orang.



"Sedang media menghadapi cabaran di serata dunia, kita mesti sedar bahawa kuasa besar sentiasa cuba menambat hati dan minda di seluruh dunia, termasuk hati dan minda di Singapura.



"Sebagai negara berbilang kaum dan bahasa, kita terutamanya cenderung kepada pengaruh budaya, sosial dan bahkan politik yang disebar negara seperti China dan India.



"Sedang kita terbuka kepada dunia dan mengalu-alukan pertubuhan media global untuk menyiarkan dan melaporkan dari Singapura, kita juga perlu mempunyai warga Singapura yang melaporkan dunia dari perspektif Singapura," ujar Cik Teo.



Oleh itu, pertumbuhan biro luar negara SMT juga satu bidang penting pembangunan keupayaan yang ingin disokong pemerintah, kata Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >