LEBIH banyak program dan usaha kini sedang dirancangkan bagi melibatkan pelajar, masyarakat dan guru menyemarakkan lagi penggunaan dan penghayatan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
Ini dengan adanya suntikan dana tambahan sebanyak 50 peratus oleh Kementerian Pendidikan (MOE) kepada tiga jawatankuasa pembelajaran dan penggalakan bahasa Ibunda - daripada $16.6 juta yang diperuntukkan sejak lima tahun lalu, kepada $25 juta bagi lima tahun mendatang - seperti diumumkan tahun lalu.