Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Wang Saku Sekolah ST terima sumbangan $100,000 daripada Q'son Kitchen Equipment

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



DANA Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) menerima sumbangan $100,000 daripada syarikat tempatan, Q'son Kitchen Equipment, semalam.



Ketua pegawai eksekutif Q'son, Cik Sally Chua, yang menubuhkan firma itu pada 1996, berkata beliau ingin membantu kanak-kanak memperoleh pendidikan kerana ia " satu-satu cara untuk mereka keluar daripada kitaran kemiskinan".



"Keluarga saya tidak memiliki banyak wang untuk membolehkan saya meneruskan pengajian," katanya, yang menambah bahawa beliau dan tiga adik-beradiknya membesar dalam kemiskinan di sebuah kampung di Tampines.



Beliau lulus daripada Sekolah Tinggi Anglican pada 1984 tetapi tidak melanjutkan pengajian kerana sebagai anak sulung, beliau harus bekerja untuk membantu menyara keluarganya.



Setiap tahun, STSPMF menyediakan wang saku kepada sekitar 10,000 kanak-kanak dan belia daripada keluarga berpendapatan kasar bulanan isi rumah per kapita mereka kurang daripada $690.



Cik Chua, 54 tahun, berkata ramai dalam kalangan pekerja Q'son seramai 200 orang, yang antara mereka datang daripada latar belakang sukar, juga ingin menyumbang kembali.



Beliau berkata: "Selama bertahun-tahun, ramai daripada mereka sebenarnya menyumbang sebahagian daripada gaji mereka kepada misi (amal syarikat)."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >