Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Wang Saku ST agih $7 juta sepanjang 9 bulan tahun ini

Oct 06, 2018 | 05:30 AM



SEBANYAK $7 juta telah diagihkan oleh Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) pada sembilan bulan pertama tahun ini.



Ini melebihi $6.3 juta yang diagihkan dalam tempoh setahun tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat pada akhir tahun ini.



Dana itu menyediakan wang saku sekolah untuk anak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sejauh ini telah dimanfaatkan oleh 10,000 kanak-kanak setiap tahun.



"Kami akan tidak dapat membantu ribuan penerima dana ini tanpa sokongan padu banyak pertubuhan dan individu," kata Encik Warren Fernandez, Pengerusi STSPMF semasa berucap di Hari Penghargaan STSPMF, semalam.



Seorang penyokong setia dana itu, Encik Mohamed Abdul Jaleel, semalam telah menyampaikan cek bernilai $500,000 kepada Encik Fernandez, yang juga Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil (EMTM) Singapore Press Holdings (SPH).



Ini bukan kali pertama Encik Mohd Jaleel menderma jumlah sebanyak itu.



Sejauh ini, Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Mini Environment Service (MES) Group itu, telah menderma sebanyak $3 juta sejak 2010.



Beliau juga mengetuai Yayasan Shaik Mohamed Jaleel, sebuah badan amal untuk menyokong kanak-kanak dan pendidikan mereka.



Majlis tahunan itu, yang diadakan di News Centre, Singapore Press Holdings, telah dihadiri lebih 160 tetamu yang terdiri daripada wakil sekolah, agensi perkhidmatan sosial, penderma dan juga penerima dana.



Ia adalah untuk menghargai usaha Kementerian Pendidikan (MOE), pihak sekolah serta agensi perkhidmatan sosial yang telah membantu dengan pengagihan dana kepada 10,000 pelajar tahun lalu.



Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan muzik daripada 14 pelajar Sekolah Rendah Cedar, dengan 13 daripada mereka merupakan penerima dana.



Persembahan pelajar itu adalah sebagai tanda terima mereka kepada penderma STSPMF.



STSPMF, yang ditubuhkan pada 2000, adalah projek masyarakat yang dimulakan oleh The Straits Times untuk menyediakan wang saku sekolah kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.



Selama 18 tahun dana ini dikendalikan, ia telah membantu lebih 160,000 pelajar dengan jumlah wang sebanyak $62 juta yang telah diagihkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >