Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAHARI INI: PERKASA WANITA: Larian ke arah masa depan lebih cerah

Dapat berdikari berkat usaha, bantuan yang dihulur

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



Larian Wanita Great Eastern 2021 yang berakhir semalam mempunyai benefisiari baru tahun ini - Daughters of Tomorrow (DOT) - berupa badan amal tempatan yang ingin memperkasakan wanita dengan membantu mereka berdikari dari segi kewangan untuk menyara keluarga masing-masing. Larian Wanita Great Eastern berikrar untuk menjadikan acara itu sebagai platform bagi meningkatkan kesedaran dan menambah dana menyokong wanita yang kurang bernasib baik kembali bekerja, dengan DOT turut membentuk sepasukan hampir 20 wanita untuk menyertai acara larian itu. BERITA HARIAN menemui dua ibu tunggal bersama anak perempuan mereka yang menyertai acara larian ini.



SEBAGAI seorang ibu tunggal dengan dua orang anak, beliau bergelut dengan masalah kewangan untuk menyara anak-anaknya.



Hanya ingin dikenali sebagai Cik Dian, ibu berusia 35 tahun itu mendapati dirinya mengalami cabaran dalam mengimbangi masa bekerja serta tanggungjawab menjaga anak-anak kerana bekerja syif dalam sektor perkhidmatan pelanggan di syarikat penjagaan kesihatan.



Cik Dian adalah ibu kepada Zahra, tujuh tahun dan Syuqri, tiga tahun.



Berkongsi pengalamannya bersama Berita Harian baru-baru ini, Cik Dian berkata beliau hilang pekerjaannya ketika pandemik Covid-19 melanda Singapura.



Demi menyara keluarga, Cik Dian terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan selama enam bulan.



"Pekerjaan ini tidak mudah dan sungguh memenatkan. Pendapatan juga tidak tetap dan ada kala, saya hanya menerima satu atau dua pesanan sahaja," kongsi beliau.



Memandangkan anak-anaknya masih kecil, Cik Dian meluahkan bahawa kadangkala beliau terpaksa menjaga anak-anak di rumah apabila mereka jatuh sakit, ini menjejas periuk nasinya.



Walaupun keadaan kelihatan suram ketika beberapa bulan awal pandemik, Cik Dian menguatkan semangat menempuh cabaran.



Mujur, dengan bantuan Pusat Perkhidmatan Keluarga, Cik Dian dikenalkan kepada Daughters of Tomorrow (DOT) yang telah menghulurkan bantuan kepada keluarganya.



DOT adalah badan amal tempatan yang ingin memperkasa wanita dengan membantu mereka berdikari dari segi kewangan demi menyara keluarga masing-masing.



"DOT telah membantu saya mendapatkan pekerjaan saya sekarang. Kini, saya bekerja sebagai penasihat pusat panggilan.



"Sebelum mendapat pekerjaan itu, saya harus menjalani latihan intensif selama tiga bulan. Selain itu, saya juga harus lulus semua ujian yang diberikan sebelum dapat bertugas sebagai penyelaras sepenuh masa.



"Oleh kerana sudah lama tidak belajar atau mengambil ujian, ia amat sukar bagi saya untuk mula belajar semula namun saya tekad untuk bekerja keras dan mendapatkan pekerjaan tersebut," cerita Cik Dian penuh semangat.



Kini Cik Dian bekerja dengan syarikat logistik skala besar.



Cik Dian juga adalah antara 20 peserta dari DOT yang akan serta dalam acara Larian Wanita Great Eastern 2021.



Beliau telah turut serta bersama anaknya, Zahra, dalam lumba kategori ibu dan anak bagi jarak sepanjang 2 kilometer.



Menurut Cik Dian, beliau sudah lama tidak bersenam dan penyertaan ini telah memberinya kesempatan untuk berjinak-jinak semula dalam kecergasan dan ia juga satu kegiatan yang dapat meluangkan masa bersama anaknya.



"Saya harap kesudahan acara ini bersama anak perempuan saya akan kekal sebagai kenangan yang kami berdua tidak akan lupakan," ujarnya.



Mengulas lebih lanjut mengenai bantuan yang dihulurkan DOT, Cik Dian berkata beliau dan anak-anaknya menghargai kesemua yang telah dihulurkan itu.



"DOT sentiasa menawarkan sokongan kepada saya dan juga wanita lain dalam keadaan yang mencabar.



"Ia amat menyenangkan untuk mengetahui bahawa saya sentiasa boleh menghubungi mereka apabila memerlukan seseorang untuk berbual," tambah beliau.



Menasihati wanita lain yang senasib dengannya, Cik Dian berkata:



"Anda tidak sendirian. Bercakaplah dengan seseorang... akan sentiasa ada bantuan dan sokongan yang tersedia jika anda mencarinya."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >