Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapat gaji RM10,000; boleh beli rumah teres, kereta

Dec 04, 2019 | 05:30 AM



PADA usia semuda 19 tahun, Encik Zakwan Zulkifli cekalkan hati untuk mencuba nasib mencari rezeki di Singapura.



Dengan hanya satu matlamat - demi membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarganya dengan empat adik masih bersekolah - warga kelahiran Johor itu bekerja gigih dan menyesuaikan diri dengan budaya di Singapura.



Kini, Encik Zakwan, 30 tahun, yang bertugas sebagai barista serta isterinya yang juga bekerja di sini, membawa pulang gaji lumayan, hampir RM10,000 ($3,270) jika digabungkan.



Beliau sendiri meraih pendapatan lebih $2,000 sebulan.



Hasil bekerja di perantauan selama bertahun, bapa dua anak itu dengan bantuan isterinya, akhirnya mampu membeli rumah sendiri di Pasir Gudang dua tahun lalu.



Pasangan itu juga masing-masing mempunyai kereta dan motosikal sendiri.



Mengimbas kembali, anak sulung lima beradik itu mengakui tertarik bekerja di Singapura setelah diajak oleh seorang temannya berkali-kali.



"Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya tidak ada rancangan hendak sambung belajar. Pemikiran saya cuma ingin bekerja sahaja sebab saya yakin jika saya kerja kuat, insya-Allah, saya boleh naik gaji dan pangkat.



"Jadi pada awalnya, memang tiada rancangan bekerja di Singapura tetapi seorang kawan sering mengajak saya sehingga saya pun tertarik sebab gaji pun memang lebih sedikit kalau di Malaysia.



"Namun demikian, pada mulanya memang saya tidak fikirkan sangat tentang gaji sebab lebih seronok masuk bekerja. Tetapi bila tengok gaji, memang rasa hilang penat bekerja ulang-alik Singapura," cerita Encik Zakwan.



Setelah berumah tangga, Encik Zakwan berkata apa yang membakar semangatnya untuk berhempas-pulas bekerja di Singapura adalah impian memiliki rumah sendiri di samping memastikan masa depan anak-anakya cerah.



"Saya fikir setiap orang harus ada matlamat apabila mereka merantau jauh untuk bekerja. Matlamat saya bekerja di sini adalah untuk membeli rumah sendiri dan dua tahun lepas kami berupaya membeli sebuah rumah teres bernilai kira-kira RM500,000 di Pasir Gudang.



"Saya juga kekal bekerja di Singapura sebab saya sedar, kalau sekarang saya bekerja di Malaysia, gaji yang saya boleh dapat akan lebih rendah, sedangkan anak-anak mempunyai banyak keperluan.



"Makanya, saya kuatkan semangat," kongsi beliau.



Encik Zakwan berkata lazimnya, beliau terpaksa menempuh kesesakan di koswe sekitar sejam hingga dua jam sehari-hari.



Walaupun perjalanannya ke Singapura dianggap agak berisiko lebih-lebih lagi ketika musim hujan kerana beliau menunggang motosikal, tetapi ia menjadi lumrah bagi dirinya.



Mengenai pengalaman pertama kali bekerja di sini pada usia mentah, Encik Zakwan berkata beliau merupakan satu-satunya pekerja Melayu di sebuah cawangan restoran makanan segera di Chinatown.



Justeru, beliau harus menyesuaikan diri dengan rentak kerja dan persekitarannya.



"Semasa saya mula bekerja di sini, saya terkejut sebab perlu bekerja dengan pantas sebab ada pelanggan akan mengadu dan sebagainya.



"Prosedur kerja juga ketat dan sebagai pekerja, saya harus sentiasa berwaspada dan mematuhinya," tambah beliau.



Walaupun dapat hidup dengan lebih selesa di teratak sendiri, namun Encik Zakwan akan tetap berbelanja dengan cermat dan menguruskan wang yang ada dengan sebaik mungkin.



"Kerja di sini memanglah dapat rasa duit yang mewah. Tetapi, saya rasa perlu untuk kita menguruskan wang dengan baik," terangnya.



Justeru, beliau menasihatkan warga Malaysia yang bakal datang ke Singapura, agar bekerja dengan rajin, dan memiliki matlamat yang mahu dicapai di samping mentaliti yang kuat.



"Jika tidak, tidak berbaloi usaha keluar masuk Johor untuk kerja," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >