Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT ‘N’

Dapat ganjaran ketepi masa untuk pelajaran walau minat pelbagai

gce
Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BERDEPAN pelbagai komitmen, termasuk tugas sebagai kapten pasukan sepak takraw sekolah dan dalam minatnya, silat, Ahmad Mazid Amran terlepas beberapa kelas dan ketinggalan dalam pelajarannya.



Namun, pelajar menengah empat Sekolah Menengah Chua Chu Kang itu akhirnya mengetepikan masa bagi membuat persiapan untuk peperiksaan GCE peringkat 'N' tahun ini.



Pada awal tahun ini, Ahmad sedar adalah penting dia menumpukan semula perhatian pada pelajarannya kerana keputusan peperiksaan itu akan menentukan masa depannya.



"Memang sukar mengimbangi antara sepak takraw, silat, dan pelajaran saya. Saya terpaksa mengorbankan masa lapang saya dan pergi ke kelas tambahan pada sebelah malam.



"Selalunya saya berasa letih dan malas selepas sekolah tetapi saya tahu saya terpaksa melawan fikiran negatif kerana saya ingin melakukan yang terbaik untuk peperiksaan peringkat 'N' saya," kata Ahmad.



Keluarganya sering memberi kata-kata perangsang dan nasihat berkaitan pelajaran.



"Saya sangat rapat dengan keluarga saya jadi saya ingin membanggakan mereka dengan memberikan yang terbaik untuk peperiksaan saya," tambahnya.



Pelajar berusia 16 tahun itu mewakili sekolahnya dalam pertandingan Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) dari 2019 hingga tahun ini, dan sebahagian daripada pasukan kebangsaan sepak takraw bawah 17 tahun.



Ahmad juga meminati silat dan memenangi pingat emas bagi kelab silatnya.



Tahun ini, Ahmad dianugerahkan Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim yang bertujuan membantu bakat sukan muda mencapai matlamat sukan mereka dan menyokong atlet bawah 18 tahun meneruskan kecemerlangan dalam sukan pilihan mereka.



"Sejak kecil saya ingin mewakili pasukan silat kebangsaan. Saya berharap untuk memanfaatkan biasiswa ini untuk membina masa depan dalam silat," katanya.



Minatnya itu disebabkan keluarganya meletakkan kepentingan dalam budaya Melayu, katanya.



"Ibu bapa saya sukarelawan di Kelab Masyarakat Bukit Batok dan mereka menganjurkan acara untuk mempromosikan budaya Melayu. Saya rasa dari situ saya mula berminat dalam seni silat," ujar Ahmad.



Dia juga meminati Bahasa Melayu dan lulus dengan gred A1 dalm mata pelajaran itu.



"Secara keseluruhan, saya gembira dengan keputusan peperiksaan peringkat 'N' saya walaupun saya fikir ia boleh menjadi lebih baik.



"Tetapi, yang penting ialah saya telah melakukan yang terbaik dan saya menantikan babak seterusnya dalam hidup saya," kata Ahmad.



Mengenai cita-citanya, Ahmad berhasrat menceburi kerjaya sebagai juruterbang.



"Ini hanya satu aspirasi sekarang, jadi saya perlu berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan" ujar Ahmad.



Dalam beberapa hari ini Ahmad akan membuat keputusan sama ada melanjutkan pelajaran ke menengah lima atau mendaftar ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan seterusnya politeknik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >