Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atasi cabaran, untuk terus maju dalam pendidikan

Dapat inspirasi dari semangat adik hidap barah untuk lulus peperiksaan

Sekitar 13,414 pelajar aliran Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N' tahun ini. Daripada 9,000 calon dari aliran Normal (Akademik), 78.4 peratus berjaya ke Menengah 5 tahun hadapan. Daripada 4,414 calon dari aliran Normal (Teknikal) yang menduduki peperiksaan itu, 98 peratus lulus. Berikut BERITA HARIAN menyorot pengalaman dua pelajar yang telah mengatasi pelbagai cabaran untuk lulus peperiksaan dan melanjutkan langkah ke peringkat seterusnya. Pelajar azam kejar minat jadi seorang jurutera elektronik
Dec 29, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG dua tahun sebelum dia menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N' tahun ini adalah tempoh yang paling sukar dan mencabar bagi Nur Aiman Ahmad Raudha, 16 tahun.



Bukan sahaja dia harus mengimbangi kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolahnya, dia juga harus membantu menjaga adik-adiknya.



Ini kerana, ibunya terpaksa menumpukan perhatian menjaga adiknya Nur Aqmal Ahmad Raudha, 15 tahun, yang menghidap penyakit barah limfoma tahap empat.



"Ketika itu, saya berada di titik paling rendah dalam kehidupan saya.



"Saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, terpaksa menjaga adik perempuan saya dan sentiasa risau dengan adik lelaki saya dan ibu yang kerap berada di hospital," kata Aiman, murid Sekolah Menengah Spectra.



Namun demikian, Aiman mengatakan bahawa keadaan adiknya juga memberikannya inspirasi untuk berjaya dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum.



"Apabila adik saya didiagnos dengan penyakit itu dua tahun lalu, saya tidak memberitahu sesiapa. Saya takut saya akan kehilangannya.



"Melihatnya berjuang untuk menghadapi penyakitnya memberi inspirasi kepada saya untuk lebih sabar dan tabah menghadapi cabaran kerana berputus asa bukan satu pilihan," katanya sambil menambah adiknya sedang menerima rawatan semula setelah penyakit itu kembali.



Bercakap dengan Berita Harian (BH), Aiman juga menyatakan bagaimana ibunya memainkan peranan penting dalam membimbingnya merentasi sebarang rintangan.



"Apabila saya menghadapi sebarang rintangan atau cabaran, ibu saya seringkali memberikan bimbingan, kata-kata semangat dan meraikan setiap kejayaan yang saya capai tidak kira besar atau kecil," katanya yang pada mulanya lemah dalam subjek Matematik ketika di bangku sekolah rendah tetapi berjaya meraih keputusan cemerlang di akhir tahun 2019.



Kecemerlangan itu mendorongnya untuk memberikan usaha sepenuhnya dan mempunyai keyakinan diri untuk terus berusaha berjuang jika menghadapi sebarang cabaran.



Aiman juga menggunakan minatnya dalam tarian untuk mengatasi segala tekanan yang dia hadapi.



"Saya telah menari sejak kecil ladi dan amat meminatinya kerana ia membolehkan saya mengekspresikan diri saya," kata anggota kelab tarian di sekolahnya itu.



Aiman antara pelajar yang menerima keputusan peperiksaan GCE 'N' baru-baru ini dan kini telah mendaftar untuk ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk melanjutkan pendidikannya ke Higher Nitec dalam bidang kejuruteraan elektronik.



Selain daripada mendapatkan beberapa gred A, Aiman, yang ingin menjadi seorang jurutera elektronik di Microsoft dan mencipta sofwe, juga menerima beberapa anugerah akademik dan kepimpinan, dan adalah salah seorang daripada 16 pelajar terbaik di sekolahnya.




"Melihatnya berjuang untuk menghadapi penyakitnya memberi inspirasi kepada saya untuk lebih sabar dan tabah menghadapi cabaran kerana berputus asa bukan satu pilihan... Apabila saya menghadapi sebarang rintangan atau cabaran, ibu saya seringkali memberikan bimbingan, kata-kata semangat dan meraikan setiap kejayaan yang saya capai tidak kira besar atau kecil."
- Nur Aiman Ahmad Raudha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >