Dapat izin Bupati jalankan korban di Jawa Tengah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

ATTAWASOL INSANIY

Dapat izin Bupati jalankan korban di Jawa Tengah

Jun 18, 2021 | 05:30 AM

PUSAT Attawasol Insaniy telah menandatangani kontrak Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Datuk Bandar (Bupati) Yogyakarta, Indonesia untuk memastikan ibadah korban dijalankan sepenuhnya di Jawa Tengah dengan pengetahuan pihak pemerintah daerah dan tokoh masyarakat Jawa Tengah.

Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali, berkata lebih penting lagi, beliau mahu menjalankan semua kegiatan dengan pantauan secara langsung oleh pasukannay sendiri.

"Kami tidak menyerahkan amanah ini kepada pembekal atau kenalan. Kami juga tidak mengadakan korban di mana-mana tempat yang lain. Ini adalah tumpuan kami. Kami berikan hanya yang terbaik."

Ustaz Dr Leyaket turut memberi jaminan bahawa semua tempahan yang diterima akan ditangani sendiri oleh beliau yang sekarang ini telah berada di Indonesia untuk persiapan ibadah korban pada tahun ini.

Menjelaskan perihal ini, beliau berkata:

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Tahun lepas permintaan kami untuk berada di Indonesia tidak diterima, kerana belum ada pengenalan jalur hijau dari pemerintah.

"Tahun ini, alhamdulillah kerana syarikat kami terdaftar di Indonesia telAh mendapat izin dari pemerintah Indonesia.

"Tujuan utama kami adalah untuk menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin, kerana kami mewakili pemesan-pemesan korban yang bersama Attawasol Insaniy.

"Kami akan memastikan keberadaan kami di padang nanti untuk pemastian sembelihan, pengagihan yang lengkap dengan keinginan syariat Islam dan juga kesempurnaan ibadah korban sesuai dengan peraturan ketat Covid-19 yang dikenakan disini."

Menurut Ustaz Dr Leyaket pengawasan ini melibatkan asatizah yang menitikberatkan sunnah-sunnah korban, proses penyembelihan dan pembahagian daging korban yang mengutamakan kebaikan dan mengelakkan pembaziran.

Sehingga setiap bahagian kambing seperti bulu, kepala, perut dan lain-lain lagi juga akan turut diagihkan.

Pemilihan penerima daging ditentukan oleh pemerintah daerah yang lebih mengetahui para penduduk kampung yang layak menerima, termasuk rumah anak yatim, pelajar tahfiz dan pesantren.

Attawasol Insaniy telah menyediakan khidmat ibadah korban, akikah dan nazar kambing selama hampir 16 tahun - menjadikannya antara pilihan pertama dan utama masyarakat Islam di Singapura untuk melaksanakan ibadah ini.

PT Attawasol Insaniy Indonesia mempunyai sebuah anak syarikat penternakan, Attawasol Farm, di Jawa Tengah, yang mempunyai lebih 3,500 ekor kambing.

Memandangkan kandang ini milik anak jati Singapura, Attawasol Insaniy mampu menyediakan harga tanpa perantaraan yang rendah untuk setiap ekor kambing dari kambing ternakan mereka sendiri.

Ini termasuk sijil beserta gambar yang dihantar melalui pos dan Majlis Khataman al-Quran 30 juz yang khas beserta doa selamat untuk semua nama-nama peserta yang menjalankan ibadah korban bersama mereka.


YANG BERMINAT

  • Daftar di beberapa lokasi

- Pejabat Attawasol Insaniy di Madrasah Khairiah (152, Still Road)

- Blok 42 Shubby Sweets Bakery di Chai Chee ( Belakang Masjid Ansar) atau di Goldmas Jewellery cawangan Tanjong Katong Complex (Yokoso)

  • atau di 103 Arab Street.
  • Daftar dalam talian

www.bit.ly/aiqurban atau melalui aplikasi Whatsapp 90273547, 92729132 atau 8874 8848.

  • Khidmat pengambilan dari rumah hubungi 8874 8848.

Tarikh terakhir tempahan korban 20 Julai jam 12 tengahari. Tiada tarikh akhir untuk akikah dan nazar.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map