Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapat kerja sebelum tamat kursus kemahiran digital

Program SGUnited bantu pencari kerja pertengahan kerjaya walaupun tanpa pengalaman relevan
Jun 26, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kursus intensif enam bulan bagi mereka yang mencari pekerjaan dalam pertengahan kerjaya dalam kemahiran digital melihatkan kesan memberangsangkan - hingga sekitar 10 peratus daripada 1,300 pelatih berjaya mendapat pekerjaan sebelum tamat kursus.



Firma perunding pengurusan global Boston Consulting Group (BCG), yang menjalankan program itu, semalam berkata sekitar 1,500 peserta dijangka menyelesaikan kursus tersebut menjelang akhir tahun ini.



Program Peningkatan Kemahiran Pesat dan Mendalam (Rise) itu sebahagian daripada bahagian latihan syarikat inisiatif Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited.



Pemerintah melancarkan inisiatif tersebut tahun lalu sebagai respons kepada kesan Covid-19 terhadap ekonomi dan pekerjaan.



Program Rise bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan berkaitan digital walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman sebelumnya.



Peserta dapat mempelajari kemahiran penting digital dan asas teknologi seperti kecerdasan buatan dan reka bentuk.



Pengarah Urusan yang juga rakan kongsi BCG, Cik Aparna Bharadwaj, berkata kebanyakan pelatih berasal daripada sektor perkhidmatan kewangan, lapor akhbar The Straits Times.



Terdapat juga beberapa peserta daripada sektor seperti teknologi infokom, perdagangan borong dan runcit, serta perjalanan dan pelancongan.



Beliau mengatakan bahawa ada banyak peranan tersedia dalam bidang seperti penjualan dan pemasaran digital, sains data dan operasi.



Pelatih yang tidak mempunyai pengalaman digital relevan tidak semestinya harus mengambil peranan peringkat permulaan, tambahnya.



Selama menjalani program itu, pelatih juga menetapkan tujuan kerjaya, membangun yakin diri bagi wawancara dan meningkatkan aplikasi melalui pameran kerjaya dan pencocokan pekerjaan.



Peserta juga dapat menjalin hubungan dengan syarikat melalui kelas induk industri dan rangkaian, sebelum mereka mendapat pekerjaan.



Semalam, BCG mengadakan pameran kerjaya, dalam format hibrid, sebagai sebahagian daripada program Rise.



Lebih 25 syarikat, termasuk Shopee, JP Morgan dan UOB, mengambil bahagian, dengan sekitar 200 peluang pekerjaan tersedia.



Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, yang mengunjungi pejabat BCG di Raffles Place semalam, beramah-tamah bersama syarikat yang mengambil bahagian dan peserta program.



Encik Elijah Yong, ketua pembelajaran dan pengembangan di Shopee, berkata syarikatnya sangat menyokong aspek peningkatan dan pengembangan bakat tempatan bagi memastikan mereka berjaya dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.



"Kami percaya kemahiran utama untuk berjaya dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah ini ialah pemahaman kuat mengenai perniagaan, pendengaran aktif dan kemampuan menyesuaikan diri," katanya.



Ketua Eksekutif SkillsFuture Singapura Ong Tze Chin berkata: "Kami sangat menggalak pencari kerja pertengahan kerjaya memanfaatkan jalur sokongan pemerintah untuk mendapatkan kemahiran baru dan meningkat kemahiran bagi mendapat lebih banyak peluang dan pertumbuhan kerjaya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >