Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapat peluang ke masjid melalui bas mesra kerusi roda

May 10, 2019 | 05:30 AM



BERTAHUN lamanya beliau melakukan solat tarawih di kolong blok berdekatan rumahnya kerana susah bergerak dengan kerusi roda untuk ke masjid.



Malah jika hujan, beliau terpaksa bertarawih di rumah kerana tidak dapat ke kolong blok.



Oleh itu, Encik Abu Bakar Ali amat bersyukur tahun ini dapat bertarawih dengan ribuan umat Islam lain di Masjid Maarof dengan adanya bas mesra kerusi roda yang disewa masjid tersebut khas buat jemaah sepertinya.



"Saya bersyukur kerana saya diberi kesenangan datang ke masjid ini dengan bantuan Masjid Maarof yang menyediakan bas yang boleh naikkan kerusi roda.



"Tahun ini saya dapat tahu daripada kakitangan masjid yang mereka sediakan khidmat ini, jadi saya memang nak datang," ujar beliau.



Encik Abu Bakar, 67 tahun, akan menunggu di stesen bas berdekatan rumahnya selepas berbuka puasa dan bas akan mengambilnya pada sekitar 7.50 malam.



Selesai solat tarawih, bas yang sama akan menghantarnya dan jemaah lain pulang.



Beliau ditemani isterinya, Cik Karsinah Mahed, 61 tahun.



Bapa dua anak dan datuk dua cucu itu mempunyai bermacam penyakit termasuk masalah buah pinggang yang memerlukannya menjalani dialisis, darah tinggi, masalah jantung dan kencing manis.



Penglihatannya juga terjejas sejak dua tahun lalu.



Menyentuh keputusan mengadakan bas ulang-alik mesra kerusi roda, Pengerusi Eksekutif Masjid Maarof, Ustaz Rashid Ramli, berkata:



"Kalau kita tengok kempen Ramadan setiap tahun mempromosikan mesej rahmah.



"Dari awal Masjid Maarof dibangunkan, kita sudah sediakan perkhidmatan bas ulang-alik bagi jemaah, jadi kita fikir macam mana kita nak kembangkan lagi nilai rahmah ini dan tahun ini kita nak beri peluang kepada mereka yang kurang upaya."



Ini meskipun kos menyewa bas mesra kerusi roda "sekitar lebih seganda" berbanding kos sewa bas biasa, menurut Ustaz Rashid.



Difahamkan, kos-kos yang diperlukan bagi menampung keperluan Ramadan, termasuk menyewa bas ulang-alik, ditanggung sumbangan jemaah.



Dalam pada itu, masjid itu juga mengadakan satu lagi inisiatif pada bulan puasa ini.



Dijalankan buat kali pertama, kempen 'Bawa Cawan Anda Sendiri' menggalak jemaah yang berbuka puasa di masjid membawa bekas minuman mereka untuk mengurangkan cawan plastik atau styrofoam yang perlu digunakan.



"Memelihara alam sekitar juga sebahagian daripada rahmah... antara cara yang lebih praktikal ialah kita mulakan kempen agar jemaah bawa bekas air sendiri.



"Kita harap dari usaha ini, mungkin dapat dikembangkan lagi," ujar Ustaz Rashid.



Kunjungan akhbar ini ke masjid itu semasa waktu berbuka mendapati ramai jemaah membawa cawan mereka sendiri.



Menyambut baik inisiatif itu, seorang jemaah, Cik Faridah Abdullah, 59 tahun, berkata:



"Bagus mereka adakan (inisiatif) ini. Kita boleh selamatkan alam sekitar, masjid pun boleh kurangkan bajet membeli cawan.



"Sedangkan ada pasar raya yang boleh adakan hari tanpa memberi beg plastik, apa salah masjid pun ikut sama dari segi ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >