Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat3

Dapat rasa masakan mak selepas 2 bulan menanti

Jun 04, 2020 | 05:30 AM

SELAMA lebih dua bulan, beliau tidak dapat merasa masakan hasil air tangan ibunya.

Namun pada hari pertama selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 berakhir kelmarin, Encik Fazlur Rahman Kamsani, 51 tahun, akhirnya dapat melepaskan rindu dan menikmati 'kuetiau goreng special' yang dimasak ibunya, Cik Shafia M.A. Majid, 75 tahun.

"Saya sudah berjanji dengan mak nak makan bersamanya apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan ini berakhir. Sudah dua bulan tak dapat makan bersama mak, jadi tentunya perasaannya amat berbeza," ujar anak sulung tiga beradik itu yang turut dapat bersolat zuhur bersama ibunya.

Sebelum penularan Covid-19, pasangan ibu dan anak itu bertemu seminggu sekali. Tempoh pemutus litar sukar bagi Encik Fazlur kerana meskipun ibu beliau tinggal tujuh minit perjalanan daripadanya, namun mereka tidak dapat bersua.

"Pastinya, tidak mudah tapi kami faham langkah yang dilaksanakan ini amat diperlukan bagi keselamatan masyarakat secara umum, lebih-lebih lagi golongan warga emas kita.

"Mak saya pun faham kita perlu melakukan ini kerana kita sayangkannya," kata bapa tiga anak itu yang juga pengerusi Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kembangan-Chai Chee.

Sebagai langkah berjaga-jaga, warga emas tidak boleh menerima lebih daripada dua pengunjung sehari.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian