Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Dapat sesuaikan diri dengan rentak pembelajaran lebih pantas dengan bantuan guru, rakan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dapat sesuaikan diri dengan rentak pembelajaran lebih pantas dengan bantuan guru, rakan

sbb
Mar 11, 2019 | 05:30 AM

SEMASA di menengah satu aliran Normal (Teknikal), Rizq Irfan Nasharudyn mengambil tiga subjek Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB), ekoran keputusan yang memberangsangkan semasa Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Anak kedua tiga beradik ini yang belajar di Sekolah Menengah Riverside, mengambil subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Sains pada peringkat Normal (Akademik).

Meskipun agak mencabar pada awalnya, Irfan berkata bantuan daripada guru banyak membantunya menyesuaikan diri dengan rentak pembelajaran yang lebih pantas.

Misalnya guru Basaha Inggerisnya, Encik Godwin Tan, telah memadankannya dengan seorang lagi pelajar yang lebih baik dalam bahasa Inggeris agar Irfan boleh merujuk kepada teman itu sekiranya dia memerlukan bantuan.

"Encik Tan sering memberi saya sokongan. Saya sering berjumpanya selepas kelas untuk mendapat bantuan daripadanya.

"Selepas tiga bulan, barulah saya rasa lebih selesa dan yakin untuk mempelajari bahasa ini pada peringkat lebih tinggi," kongsinya.

Mengulas, Encik Tan berkata inisiatif SBB telah memberi pelajar seperti Irfan peluang membangunkan sepenuhnya kekuatannya sealiran dengan pelajar daripada aliran lain.

"Saya rasa ia membantunya membina keyakinan diri dan minat yang mendalam dalam pembelajaran secara keseluruhan," katanya.

Kelas bagi pelajar yang mengambil subjek SBB di sekolahnya telah digabungkan dengan pelajar lain.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang kesukaran menyesuaikan diri dengan Bahasa Inggeris dan Sains tetapi mendapatinya mencabar bagi Bahasa Mandarin.

"Saya tidak mempunyai sesiapa untuk bertanyakan tentang bahasa itu di rumah dan ini membuatnya lebih sukar bagi saya memahaminya," kongsinya.

Ibunya, yang berketurunan Cina, sibuk bekerja dan tidak boleh membantu dalam kerja rumahnya.

Irfan berkata bagi Bahasa Mandarin, dia perlu mengikuti kelas tambahan agar dapat memperkukuh pemahamannya terhadap bahasa tersebut.

Tetapi memandang ke belakang, Irfan, 15 tahun, yang kini di menengah tiga dan telah berpindah kepada aliran Normal (Akademik) berkata dia gembira dibimbing dengan baik oleh guru dan teman sekelas yang sering membantunya memahami subjek SBB yang diambilnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3